January 4, 2010

klasik

hari ni aku bangun awal tidak seperti selalu.slalu nk ikotkan pukul 9 tu paling awal.tapi arini aku bangun pukul 6.peh gile ape.nk kata sembahyang subuh, tak juga, buang tebiat ape tah aku bangun awal.oooh lupe,arini 1st day aku pergi sekolah.patutla aku bangun dengan hati yang girang.haha

bangun2 tak mandi dulu,terus pergi test kasut spark.strep strep bunyi nye.maklumlah time ni tak pakai kasut yg bertali. then pg kejut mama (peh tak rock seh gune mama). mama bangun dengan muka yang ketat sambil tersenyum lalu berkata "ko tenang apis, mama dah siapkan sume utk ko, baju dah gosok, seluar dah gosok, ko tinggal mandi dan pakai je."

selepas sume settle,aku bertambah semangat.tak sabar nk pergi skolah ni. "mama, mana beg swan apis" aduh beg swan aku bley hilang plak ni,nak nangis pon ada.maklumla beg swan kot,popular gile time ni. lalu mama dgn tenang menjawap "mama dah letak atas moto yamaha sport papa (lagi skali tak rock gune papa)."lega aku mendengarnya.

aku pergi skolah dihantar oleh papa.time daftar mcm2 ragam aku tngk budak2 sebaya aku ni.ada yg menangis, ada yg gembira, ada gak yg muke toye je takde perasaan.aku plak releks je, steady tak nangis smbil bawak botol air yang bertali disilangkan kat badan dgn cekodok setapawe.haha tak steady langsung kot nk nangis.wei korang dah darjah 1 la.ape barang nangis2.

bile dah abis daftar sume, aku masuk kelas, 1 anggerik.sume kelas time darjah 1 ni diberi nama sempena bunga.aku tak tahu kenapa diorg pilih nama ni.mungkin guru besar ada sejarah cinta dgn bunga kot.haha papa antar aku sampai kelas.aku masih steady.gaya macho.masuk je kelas papa ckp "ok, smpai sini je papa antar,jgn nakal2, nnti waktu rehat papa datang."peh gaya macho aku dah ilang,aku meronta tidak keruan. "papa jgn tinggalkan apis,tunggu kat luar,apis takut" aku berkata smbil menitikkan air mata jantan.haha akhirnya papa aku terpaksa tunggu di luar smpai la abis waktu persekolahan.

6 comments:

SB said...

alololo...cerita masuk darjah satu.
aku dah tak ingat beb. haha.

biztoone said...

haha saje je, sempena budak2 baru nak masuk darjah 1 semalam..haha

affanazami said...

ni menulis sendrik ke

zidah mdtahir said...

black meronta2 sehingga menitik air mata jantan...
kahkahakah...

biztoone said...

affan - haha hakha, nk tukar gaya penulisan dah pas ni :P

zidah - alaaa biasa la, muda lagi time ni, ingt nk dtg skolah nk main lego je, tapi dah darjah 1, lego dah takde, tadika kemas ada la lego. haha

affanazami said...

wow. how interesting! i loike it