January 22, 2010

PAFA


di suatu pagi yang hening. aku bersedirian di bawah pokok zaitun di hadapan bangunan sekolah. aku menyelongkar beg canggih aku. beg canggih ni siap ada roda. peh tak payah pikul dah tiap2 ari. sorongkan je. aku mencari2 kad PAFA aku di dalam beg.

"Aduh mana pergi kad ni. Nak main sorok2 esok2 la. Aku nk buat kod 6 ni. Dah berlatih amik wuduk kat umah dgn mama pagi tadi ni. Aduh." getus aku dengan mengigit bibir yang nipis ini. aku nekad. aku berjumpe dengan ustazah zaipah. ustazah zaipah ini terkenal dengan cubitan skrew di perut. peh kalau kene senak aku. mampos la aku kalau dia tahu kad aku hilang lagi. aritu dah la hilang sekali. tapi aritu hilang tu bkn hilang pon sebenarnya. aku sengaja cakap hilang, padahal aku nk suh dia sain mana2 kod yg aku tak wat lagi. sbb bile dapat kad baru. aku leh bagitau dia kod2 yg dah buat then dia sain je. kod2 yg aku tak wat lagi pon aku ckp ar dah wat. taktik oh taktik.

"ustazah, sy nak bgtau kad sy hilang. sy dah simpan dalam buku PAFA tapi ni cari2 takde" aku terketar-ketar berkata. mintak2 dia tak marah. pls pls pls kamu jangan marah (baca mcm nyanyi lagi alif satar - jangan nakal)

"amboi kamu ni apis, asik ilang je kad, kamu makan ke ape?" kata ustazah zaipah dengan muke tercebik. eee comel nye.

"maaf ustazah. sy tak sengaja. lagipon takkan sy nk makan plak kad tu. mak sy masak nasi hari2. lagi bes makan nasi ustazah." balas aku dengan muka manje. kompem ni mmg comel.

"dah pergi fotostet kad ni, lepas ni sy taknk tau awak ilang kad lagi, faham!" luah ustazah zaipah dengan garangnye. dah tak comel dah muke dia.

aku bergegas ke kedai fotokopi. sesudahnya aku berlari pula ke arah ustazah zaipah. "Ni kad saya cikgu. Sy aritu dah buat kod 1, 2, 3 , 4, 5, 6, 7, 12, 13 dan 15. Ustazah sainkan eh."


kawanku yoni bertanya "eh, knp kad kau bnyk sain ni? bkn kite buat sama2 ke PAFA ni?" aku hanya tersenyum girang.

5 comments:

farish farisha said...

ko memg dak nakal fadzirul!!!!!

biztoone said...

haha nk wat mcm mane bos, kecik2 lagi, PAFA plak bende paling ditakuti..tu kene gune taktik..haha

intan shafiqah said...

fadzirul....
hehe~
ustazah zaipah juga terkenal dengan cubitan kt 'sideburn' kt dak2 laki...

euwww~
terbayang seyh~

hehe~
pOkok zaitun~
beg rOda....
(mcm2 pe'el mse kcik dulu)..haha~

biztoone said...

haha tau takpe..dlm sejarah aku penah kene sideburn 2, 3 x skrew tu takleh dibilang dah bape kali kene..haha

haha pokok zaitun tu dah takde weh..wawaw ilang dah kenangan skolah rendah :(

missfath said...

nk komen gak leh???(w'pun dh tlambat..hek)....ni pkok zaitun kt blok atas 2 eh??ade kngn gak bwh pkok 2...kngn mkn nsi lemak tah sape tah jual dlu kt skol...perghh...tbyg2 sdap tol ns 2...huhu...skg dh xkn jmp lg dh...mkn bwh pkok zaitun rmai2...ahaha