January 19, 2010

karangan bilbiografi - aku sebuah kereta

Aku adalah sebuah kereta yang berjenamakan perodua viva. Tuan aku bernama Alim. Aku telah diubah suai dengan menambah rim sukan yang baru supaya ia kelihatan menarik. Rim sukan 15” cetak rompak dari Taiwan telah digunakan kerana harganya yang lebih murah berbanding dari Jepun. Selain itu, tuan aku Alim tidak menambah aksesori lain kerana beliau bimbang kereta beliau akan menjadi perhatian pencuri2 kereta professional. Ops terlupa, tuan aku ada menambah satu aksesori baru iaitu no plat kereta yang di buat khas. "Handmade" dari Klang. Dari jarak 500m, orang ramai sudah boleh memerhatikan no plat ku. Besar gile no plat yang tuan aku buat ni. Bagus tuan Alim, mudah bagi rakan2 untuk mengenalpasti kereta viva anda dari jarak jauh.

Diriku ini akan menjadi mangsa keadaan semasa musim cuti. Ini kerana aku akan digunakan untuk mengambil kawan2 yang lain kalau nak perkena ais jagung dan kopok lekor di tepi pantai jika kereta Jejaka, Waja Standard dan Kancil Convert Jadi Ebo tidak available pada masa itu.

Sebelum memasuki kereta ini, kawan2 tuan aku terpaksa melakukan beberapa formasi. Orang gemuk terpaksa duduk depan dan hanya yang kurus duduk di belakang. Sebabnya kerana apabila org gemuk seperti zulpika duduk di belakang, ia akan menghasilkan satu bunyi “strooott…strooottt..” apabila bahagian belakang kereta ini bergesel dengan tayar. Jadi, kawan2 tuan aku sudah sepakat menamakan aku “Viva Strot Strot”. Inilah kisah diriku sebagai sebuah kereta buatan tempatan yang menjadi mangsa keadaaan.


Aku benci, nama aku tak steady langsung.

No comments: