July 27, 2010

ego


mengalah bukan bererti kita yang salah. mengalah sebab kite malas nk panjang2 kan sesuatu perkara tu. malas nk biarkan ia berakhir dgn kedukaan. biarlah sakit sikit, asalkan tak gaduh2. apa salahnye kita beralah kn?

"alaaa biasa la dia lelaki, ego mesti tinggi"
ayat keramat yang selalu di sampaikan dlm drama2 di televisyen malaysia. lelaki sering di katakan ego lebih tinggi daripada perempuan. bagi aku, lelaki atau perempuan bukan persoalannya. masing2 ada ego masing2. kite tak boleh nk cakap lelaki ni ego tinggi sbb dia ni hati keras. tak lembut. kite juga tak leh nk cakap yg perempuan ni ego rendah sbb diaorg merupakan golongan yang pemaaf dan berhati lembut. lelaki atau perempuan sama je. semuanya terletak kat hati masing2. masing2 ada yang degil. ada yang keras kepala. ada yang tolak ansur. ada yang nk menang je. tepuk dada tanya la selera anda.

Ego ni kadang2 bagus. nk tunjukkan yang diri kite ni mempunyai pendirian. tapi bagi aku, ego ni biarlah bertempat. kerana kalau salah tempat, buruh padahnya. sesuatu perhubungan itu mungkin akan musnah kalau masing2 nk tunjuk ego. tak salah kalau kite bertolak ansur. buang sikit ego kite demi dia. apa salahnya kn? anda sayang perhubungan itu ataupun anda sayangkan ego anda? tepuk dada tanya la selera anda sekali lagi.

Ego dalam perhubungan sesama insan ni kite leh kecilkan kepada 2 bende iaitu ego nk mintak maaf dan ego nak berterima kasih (kdg2 terlupa). setiap org pasti akan merasai situasi di mana dia kene minta maaf kpd seseorg ke atas kesalahannya atau dia akan berterima kasih(penghargaan) kpd seseorg yang telah buat something kat dia. dua bende ini kite kene jaga sbb ia boleh membuat org lain terluka dengan ego kita tu.

"sorry seems to be the hardest word" merupakan ungkapan yang memang benar. begitu berat nk ungkapkan perkataan maaf itu. seelok2nya kalau kita yang bersalah, apa salahnya kite yg mintak maaf, buang ego kite tu. terima hakikat yg kite pon manusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesalahan. begitu juga dengan penghargaan. jangan susah sngt nk menghargai seseorg yang telah melakukan something kpd anda. ekecil mana pun usaha yang dilakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya. tunjukkan penghragaan itu.

ok nampaknya smpai disini sahaja pakar motivasi anda fadzirul hafith memberi sepatah dua kata. akhir kalam, keegoan itu hendaklah di kawal oleh akal dan iman. keegoan yang melampau paras normal akan melahirkan perasaan ingin menguasai dan berkuasa dalam perhubungan. sikap ego yang dipertahankan oleh pasangan boleh mengundang perbalahan, salah sangka atau perselisihan faham. selamat beramal dan renung2 kan (pinjam ayat penceramah terkenal)

July 26, 2010

tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu ---------> Tolong ingatkan aku - Ana Raffali


bait2 lagu ni sering berkumandang semenjak dua menjak ni. puaka betol la lagu ni.

July 23, 2010

la tahzan!


setiap waktu yang berlalu takkan pernah kembali
setiap waktu yang akan berlaku di depan tidak pernah di ketahui
kesedihan? keperitan? kematian?
atau
kebahgiaan? kegembiraan? kesenangan?
apa pun yang terjadi
aku berserah
teruskan berusaha
jangan menangis
teruslah tersenyum
kerna aku tahu
DIA sudah membuat pecaturan
yang terbaik
yang terindah
yang termampu untuk ku

p/s : sedang membaca buku la tahzan karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qani terjemahan oleh Noraine Abu

July 21, 2010

di sebalik bola sepak piala dunia 2010


piala dunia baru sahaja melabuhkan tirainya. jadi malam2 akan kembali sunyi buat sementara waktu. tiada lagi sorakan yang akan memecah keheningan malam. tiada lagi mapley mintak oder malam2 kat aku. tiada lagi cekedis, coke, dan kuaci sebagai peneman di kala sepi.

ok. cakap pasal piala dunia ni, banyak org merungut cakap jiran2 terpekik2 bising tengah2 malam bersorak la, si isteri keciwa apabila suami tiada di sisi bile diperlukan la, anak2 nk tngk rancangan gusti smackdown tapi bapak nk tngk bola la, makcik2 nak tengok keciwa tak dpt tngk melodi sbb pakcik2 layan perlawanan ulangan, dan lain lain lain lagi.

banyak perkara sebenarnya boleh belajar di sebalik penganjuran piala dunia ini. kat bawah ni aku senaraikan apa yang aku perhatikan sepanjang piala dunia berlangsung.

1. dapat belajar satu bahasa afrika. jabulani = perayaan. haaaa esok2 kalau jumpe mamat afrika kat 7e leh cakap kat dia, "hey, jabulani! yeahhhh "

2. dapat practice bangun awal. 2.30am. bersiap sedia untuk bangun sahun ramadhan ni. haha awal gile sahur.

3. dapat mengetahui teknik maki hamun dengan berkesan terutama bile bola tu dah masuk gol tapi ref buat dek je. cth : "woiiii ref, tuuuuttttttttt kalau takat nk tido, mapley depan ni leh jadi ref, tuuuuuutttttt, macam sial, baek tak yah jadi ref. $%^%$^%$*#%^*" (haaa agak2 ref dgr ke?)

4. sotong! yeah aku belajar bnyk pasal sotong pada world cup kali ni. bkn sotong arbok lelaki lembut ye. haha sotong makanan laut. paul the octopus!

5. dapat mengetahui secara tersirat yang yahudi ada di mana2. diaorg saje je suh mcd tayangkan siaran langsung berresolusi tinggi. sambil2 minum coke. then usha gadis2 yang kul 2, 3 pagi tak balik2 rumah lagi.

6. mengeratkan silaturahim antara rakan2. dari jauh sanggup datang. nk tngk bola kat mapley. skrin besar. disamping itu dapat menjana ekonomi malaysia dengan membeli secawan teh tarik kurang manis.

7. memupuk semangat kerjasama antara housemate. tolong kejut bangun nk tngk bola. tapi bile subuh semangat kerjasama hilang. sembahyang sorg2. hahaha

8. dapat menghafal nama2 pemain bola sepak seantero dunia. tapi bile tanya nama tokoh2 Islam. masih tercengang. ni pon aku rasa agenda yahudi gak ni.

9. bangun kul 2.30am bukan untuk tahajud tapi utk tngk bola. haaa ape cite? agenda yahudi lagi.

itulah serba sedikit apa yg aku dapat perhatikan sepanjang belangsung piala dunia kali ini. diharapkan akan dapat bertemu lagi 4 tahun lagi di brazil. yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan.


p/s: aku tak tengok final. esoknye kerja. siot ar.


July 16, 2010

senyum lah

teruskanlah tersenyum
tetaplah tersenyum
pancarkanlah senyuman mu yang indah itu
biar si pungguk tau
kalau ada sang bintang tersenyum..
dan banyak lagi si pungguk yang sedang menunggu tuk mendapatkan senyuman dari mu..