April 23, 2010

pencuri yg mcm haram




wa arini mood gampang sikit. wa nk mencarut. cam haram pencuri. cam gampang. pokemon hanjing! wa dapat lu wa pijak lu nye burung! lu jangan main2 dengan wa! wa angin ni. nasib baik lu tak curi jaket, suar, n kasut wa dlm kete tu. kalau tak lagi wa angin. dlm beg wa tu banyak lagi barang2 kecik yg lu curi tapi wa tak bgtau polis, sbb wa rasa tak perlu kot bgtau. takkan wa nk ckp kat polis tu coklat, gambar bintang dan greeting card wa kene curik gak. segan ar wa. ceit haram jadah la lu pencuri. barang2 kecik lain yg hilang charger hp, charger mp3, casing spec syaril, bola kayu wangi 2biji, dan tisu 2 helai. itu sahaja luahan hati wa untuk lu pencuri hari ini. sehingga kite berjumpe lagi, wa tak sabar nk panggil team lada silang belasah lu. siap ar!

April 21, 2010

April 20, 2010

Perbicaraan Cinta


Dalam perbicaraan cinta
Aku duduk di kandang tertuduh yang didakwa
Peguamcara mendakwa aku telah mencuri hatimu
Peguambela aku tak mampu membela diriku
Akhirnya aku dijatuhi hukuman
Seumur hidup mencintaimu



Bintang # 3


Hariku menjadi bungkam
Langitku menjadi kelam
Tanpa sang penglipur lara
Yang kebiasaanya menemani malam-malamku

Kepada siapa harus aku bersuara?
Siapa yang mahu mendengarnya?
Ahh aku buntu

Inginku luahkan saja
Apa yang tersurat dan tersirat
Di dalam hati yang kecil ini
Ahh aku tersiksa

Wahai bintangku
Adakah kau mengetahui apa yang aku rasa?
Adakah kau mendengar apa yang aku rintihkan?
Aku harap kau mengetauhinya dan mendengarnya

Wahai bintangku
Hanya kau tempatku meluahkan rasa
Hanya kau tempatku melepaskan rintihan

Aku mohon kau tetaplah menjadi sang penghibur di malam yang indah ini

April 12, 2010

Aku Sayang Kamu


Cubaan, cubaan, 1, 2, 3
Cubaan, cubaan, 1, 2, 3

Ok. Inilah masa yang kutunggu
Aku yakin, inilah masa yang sesuai
Masa yang akan menentukan segalanya
Untuk membuktikan kejantananku

Detik-detik cemas harus ku lalui
Saat-saat getir harus kutempuhi
Demi mengejar kebahagian diri
Dan cinta yang hakiki

Oraite Bebeh!
Come On!

Dialah orangnya
Yang boleh buat hati aku berdengup laju
Dan pelahan dalam masa yang sama
Yang memberikan aku kegembiraan
Dan kebahagian yang aku cari
Ok.

You allow me to be me
And you always be you
Let the world see
How much I LOVE U
Ok. Ready.

On your mark,
Get,
Set,
Go!

Cik Ami Royani Bte Ahmad,
I LOVE U,
YES, I DO,

Would You Be My Girlfriend?
Would You Be My Future Wife?

Sudikah Awak Jadi Kekasih Hati Saya?
Sudikah Awak Jadi Bakal Isteri Saya Kelak?




keh3 comel gak kn lukisan ni awak? hehe i love u :)


April 10, 2010

kau terindah

sahabat,
dirimu umpama seorang pelukis
melukis di atas kain putih kehidupan
mewarnainya dengan warna pelangi
mencorakannya dengan pelbagai tema

sahabat,
dirimu umpama seorang penyanyi
menyanyikan lagu-lagu indah
mendendangkan irama syahdu
menghiburkan di kala sunyi

sahabat,
dirimu umpama seorang ahli geologi
menerokai alam sejagat
mencari punca kejadian
mentafsir apa yang tersembunyi

bagiku, kau terlalu indah sahabat
tidak kirala kau umpama pelukis, penyayi mahupun ahli geologi
tempatmu tetap ada dihatiku

terima kasih sabahat
yang memubuatku tersenyum di kala kesedihan
yang memberiku kekuatan untuk terus hidup


keh3 aku asik berpuisi je semenjak dua menjak ni, kang jadi blog puisi plak kang blog ni. keh3

April 8, 2010

Aku Kamu Dan Dia


Aku,
insan biasa,
yang mencari erti hidup,
untuk kebahagiaan yang hakiki,

Aku,
sudah memanahkan pada hati Kamu perasaan cintaKu,
mengapa kamu mahu mencabutnya demi Dia,
sudah Ku katakan,
Dia hanya kenangan,
yang tidak akan menjadi realiti,
Aku pasti!

Kamu,
jangan ragui lagi panahan cintaKu,
Aku sudah benamkan sedalamnya,
kerna aku tahu,
pada masa ini,
hanya Kamu!

Dia,
sudah menjadi peristiwa lalu
yang bukan untuk di ingati
tetapi hanya untuk dikenang

mencintaiMu satu anugerah bagiKu
kerna dariMu
Aku kenal erti sebuah kebahagian

April 6, 2010

mengoggle


awak, tadi org try la mengoggle keyword "kekasih hati" kat www.google.com.my kan wak, pastu dia kuar nama awak la, bintang. hehe haish dia tau2 je la wak org ngah rindu kat awak :P


6 hari lagi balik kl. yeah!

April 5, 2010

lelaki london


cuaca pagi ini sangat dingin. mungkin di sebabkan malam tadi hujan lebat yang menyebabkan dingin sampai ke pagi. aku bergegas ke sekolah berjalan kaki. bersama along. along jalan di depan. aku di belakang. kami tidak jalan beriringan kerana takut di langgar kereta atau motor di jalan raya. kami saling membontoti sambil mengesong beg beroda.

sampai sahaja di kelas 4 ikhlas aku bertemu jijol. "weh arini kau punya warna ape?" tanya aku mengelabah tak tentu pasal. aku mmg mcm tu masa kecik2. ske gelabah tak tentu pasal.

"aku nye warna biru la.mungkin sejuk agaknya". kata azizul dengan tenang.

"la ye ke? pesal aku ye warna oren?, aduh dah rosak ke" balas aku dengan nada yang masih gelabah. aku buntu. patutnye bile sejuk warna biru. mcm mana jam aku ni warna oren? sape perdajal jam tangan kebanggaan aku nie?

"hurm takpela, balik nnti aku try letak dlm peti ais. kalau tak warna biru gak rosak la ni" aku bercakap sendirian nk sedapkan hati.


esoknya aku tak pakai jam tangan g sekolah, jemur dalam peti ais nk buat eksperimen.

April 4, 2010

Malaysia Tanah Air ku 2

berborak pulak kali ni dengan manuel gonzales. warga mexico. pakar dalam bidang seismic recoding.

"hye pak, what's your plan today?" kata aku dengan ceria

"hello my friend. how r u? okay today we gonna plant the mashphone and hydrophone (geophone) in line 10. but the problem is, the driver still not come to this place. i already told the driver 3 times. u know what? in latino there is no problem like this. if i said 8am at this place, 7.55am the driver already here" kata pak manuel dengan muke tak senyum langsung.

haha biasa la pak, driver melayu, janji kene ar melayu. keh keh keh


aduh, rindu kat bintang :(

April 1, 2010

selamat hari lahir bintang


Antara bintang dan bulan
Mesti ku kan memilih bintang
Ini kerna dirimu bersinar sendiri, tidak seperti bulan

Rinduku padamu semakin menebal wahai bintang
Oh aku terseksa dalam kerinduan ini
Yang ku tahu kau sangat istimewa
Antara berjuta di langit, kaulah paling bersinar
Nak ku gapai, ingin ku belai
Impianku untuk bersamamu bintang


selamat hari lahir bintang, semoga dirimu kekal di sana, memancarkan cahaya
secerah supernova, seterik mentari. pintaku, janganlah kau berselindung di sebalik awan.