March 31, 2010

Malaysia Tanah Air ku


"di Malaysia, orangnya suka membazir ye pak, lihat saja makanan itu, engak di habiskan, masa sy kerja di Tanzania dulu, sisa2 makanan pun tiada, sume di habiskan oleh anak2 kecil kelaparan. sampaikan sisa2 yang jatuh di pasir pun di makan."

"penduduk sini agak pemalas ye pak, baru kerja 2 lubang sudah mahu rehat, ngak bisa mcm tu, makin bnyk lubang, makin bnyk gajinya"

kata2 pak afan. hehe aku hanya meng ia kan aja. sebab berlaku di depan mata. cuma yg ku tahu. tidak semua rakyat malaysia mcm tu.

March 28, 2010

bintang 2


Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua

March 26, 2010

bintang


kaulah bintang
bintang yang satu dari berjuta
walaupun lambat bersinar
tapi kau hadir juga
mencorak malamku yang kelam

tanpamu
langitku menjadi sunggul
tiada corak, tiada warna, gelap

terima kasih bintang
teruslah menyinari malam
teruslah berkelip bergemerlapan
teruslah menemani sang bulan


bersinarlah dalam kegelapan wahai bintang


March 23, 2010

ragam sang pecinta

Semenjak 2 menjak ni, Apis menjadi lain. Macam2 ragam dia pamirkan. Hais, kemaruk cinta ke apa dia nie? Huhu antara ragam beliau ialah :

dulu : diet sebab nk cari awek
skarang : diet sbb nk kelihatan segak pakai baju pengantin yang masih belum difikirkan lagi warnanya

dulu : lalu tol mesti nk bayar gune cash walaupon ada touch n go sbb mana tau jurutol ni cun2
skarang : berdesup! gune touch n go je.

dulu : kol 11mlm je dah gosok gigi, cuci muke, minum susu
skarang : kul 11mlm ntah ada ke ntah takde kat rumah, kul 12 jgn senyum2 depan hp, kul 1 baru nk gosok gigi, cuci muke, minum susu

dulu : agak2 bosan main ps3 dengan din atas
skarang : takde masa bosan


haha pelik2 Apis ni, ingat Apis, pelan2 kayuh ye :P

March 21, 2010

sibuk


maaf, aku rasa skang ni aku jarang update blog, aku skang ni ngah sibuk bercinta.

March 15, 2010

biodata budak darjah 6

Time akhir tahun setiap kali nak naik darjah mesti kawan2 suh tulis biodata dalam buku comel kecik diorg. Nak2 masa darjah 6, sume budak bakal meningkalkan sekolah. Aku tak terlepas dari menulis. Biasalah aku agak comel dan dikenali ramai time tu. Setiap murid mesti memdambakan biodata aku. Kalau budak2 lelaki yang suruh tulis, aku buat simple2 je. Pakai pen pon satu kaler je, kadang2 biru, kadang2 hitam, kadang2 pakai pensel 2B je. Tapi kalau budak pompuan suruh tulis, jangan harap la aku nk gune pensel 2B, aku mesti gune pen kaler2 punya, paling cikai pon kene gune pen dakwat emas dan silver, baru ar aku nampak gagah di mata diorg.


Nama : Fadzirul Hafith Bin Margono

Nama Gelaran : Apis

Tarikh Lahir : 22 Januari 1987

Tempat Lahir : Atas Tilam Kat Lantai Ruang Tamu, Kg Makam, Mersing. Mak Bidan Sambut.

Umur : 12 Tahun 9 Bulan 8 Hari

Masakan Kegemaran : Nasi Ayam (Ayam Bahagian Peha), KFC & Nasi Goreng Ayam.

Minuman Kegemaran : Milo Ais

Kawan Baik : Yoni & Azizul

Musuh : Syaitan Yang Direjam

Kekasih : Rahsia.

Hobi : Main Bola Sepak & Lari Laju-laju

Cita-cita : Askar, Polis dan Sainstist.

Motto : Utamakan Perkara Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Daripada Perkara Yang Kurang Penting.

Ucapan : Semoga Berjaya Dalam UPSR. Semoga Terus Ceria. Kawan Biarlah Seribu, Kekasih Biarlah Satu. Dah Masuk Skolah Asrama Nanti Jangan Lupe Aku.


p/s : nanti tulis kat buku aku pulak.



Budak2 skarang mesti tak dapat merasa nikmat menulis biodata. Sume details dah ada kat facebook. Gile kesian budak2 skarang.

March 11, 2010

cerita agak pendek (ceragapen) - debunga wangi cinta


Bila saatnya ku temukan indah di hatimu
Berapa lama waktuku harus menunggu
Cahaya matamu menghiasai seluruh hatiku
Andai kau tau dalam lelap ku sebut namamu

Lirik lagu ni sering berkumandang dalam diri Apis sejak kebelakangan ini. Sayup-sayup kedengaran memecah sepi pagi yang hening. Apis seperti kebiasaan akan bertolak seawal pukul 6.30 pagi untuk pergi menunaikan tanggungjawap sebagai seorang pekerja yang penuh berdedikasi. Pemergian Apis ke tempat kerja ini disambut dengan perasaan yang sangat mengantuk. Malam tadi Apis tidak dapat tidur lena. Ada sahaja yang bermain difikirannya. Perkara pokok yang bermain difikirannya adalah soal cinta dan calon isteri. Apis sangat gementar kerana umurnya semakin meningkat. Takut tidak kahwin sampai ke tua pula nanti. Malulah Apis sebagai seorang yang boleh dikatakan kacak dan comel tetapi mendapat gelaran “Bujang Terlajak”. Mana Apis hendak letak harga dirinya. Kalaulah dapat gelaran itu, sudah pasti Apis tidak akan pulang ke kampung halaman selamanya.

Emosi Apis sejak beberapa hari ini kelihatan sangat berlainan. Tidak seperti selalu dimana emosi Apis terhadap soal cinta yang sudah lama berkubur tiba-tiba memuncak semula. Banyak perlakuan Apis yang menunjukkan perlakuannya yang berlainan dari kebiasaan seperti Apis sudah pandai menambah nilai kredit telefon bimbitnya sebanyak RM10++ seminggu. Berlainan sekali kerana selama beberapa bulan ini Apis hanya menambah kreditnya Rm30++ sebulan lebih. Selain itu, Apis juga sudah pandai bermain sms hingga lewat malam dan kadang-kadang Apis ketawa sendirian membaca sms. Apa yang melucukan hatinya tidaklah pula di ketahui. Apis juga sudah pandai untuk bernyanyi lagu-lagu cinta semasa berada di bilik air. Antara lagu kegemaran Apis semasa berada di bilik air adalah lagu dendangan penyanyi tersohor tanah air iaitu Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu, Kurik Kundi, Badarsila dan Kau Mawarku serta lagu penyanyi dari seberang Melly Goeslow – Ketika Cinta Bertasbih. Jarang sekali Apis menyanyikan lagu-lagu arus perdana seperti Adam & Stacy – Mengegar Dunia, Alif Satar – Jangan Nakal dan Bunkface – Revolusi. Daripada pemilihan lagu ini bolehlah disimpulkan yang Apis mungkin dilamun cinta.

Bersambung . . .


adakah apis sudah jatuh cinta? siapakah gadis bertuah itu? nantikan jeng..jeng..jeng..

March 8, 2010

ini entry serius. baca dengan berlatar belakangkan music "DeHearty - Wanita"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kehadapan wanita-wanita yang pernah hadir dalam hidup Apis, Apis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia. Sebenarnya Apis tak tahu pon arini hari Wanita sedunia. Tapi status kat Facebook banyak yang menyebut tentang hal ini. Jadi Apis dedikasikan entry ini khas untuk Wanita2 sekalian.

Terima kasih sebab turut sama bergembira dan bersedih dengan Apis. Terima kasih kerana berada di samping Apis dalam susah dan senang. Terima kasih kerana wanita2 ini banyak mendidik Apis, banyak memberi nasihat kepada Apis. Terima kasih sebab lebih memahami emosi Apis. Terima kasih sebab masak sedap2 dan bagi Apis makan. Terima kasih ke atas segala pertolongan dan Terima kasih atas segalanya.

Ingat lah, Wanita perlu berbangga kerana di sebalik kejayaan lelaki itu, terdapat Wanita di belakangnya yang banyak membantu lelaki itu dalam perlbagai aspek tersurat dan tersirat. Semoga Wanita2 sekalian terus tabah dalam menempuh onak duri kehidupan yang penuh mencabar. Jangan pernah mengalah. Teruskan perjuanganmu wahai Wanita. Jadilah penyeri dunia. Jangan risau. Kami Lelaki akan menjagamu kerana kami tau tercipta Wanita dari rusuk Lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, Tetapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat jua di hati untuk dikasihi.

Akhir kata. Selamat Hari Wanita!


wanita2 sekalian terutamanya mama, apis rindu akan dirimu :'(

March 4, 2010

Lelaki Agak Kacak Nonton Cerita Seram Hantu

Semalam, hari rabu, tiket wayang rm6, kami budak2 rumah iaitu Apis (saya), Aizad (Congo Man), Syazwanuddin (Din Atas), Hafizi (Atok), dan Sharfuddin (Din Bawah) telah sebulat suara untuk menonton cerita seram Malaysia, Niyang Rapik walaupun pada mulanya ada yg membangkang bukan kerana ia product tempatan tetapi setelah di selidik dengan teliti pembangkangan tersebut berlaku kerana Atok (nama samaran) takot akan cerita seram hantu. Walaubagaimanapun pembangkangan tersebut telah ditolak dan kami sebulat suara menaiki kereta persona m-line lotus handling menuju ke alamanda yang dirasakan paling dekat dan paling feel. Alamanda dipilih sebenarnya kerana populasi orang Melayu yg tinggi di kawasan ini dan jauh dari hiruk pikuk bandar dan seterusnya menaikkan feel seram di dalam diri kami.

Apabila sampai di Alamanda, saya dan Congo Man menjalankan tugas, kami berlari dengan tenang masuk untuk membeli tiket kerana kami sebenarnya sudah terlambat hampir 7 minit. Semasa di kaunter, Congo Man bertanya kepada budak lepasan SPM, “Niyang Rapik, kul 10 setengah untuk 5 org ada lagi tak?”. “Selamat datang ke GSC. Ada, tapi seat depan je la, depan skali, tapi jgn risau, ada pentas kat depan, so takde la rapat sngt.” Jawap dengan penuh sopan budak lepasan SPM tersebut. Sambil itu saya berbicara di dalam hati, “Hmm comel gak dak ni,cianny, comel2 kene keje malam2 mcm ni.” “Eh mcm ne ni Apis?, nk tngk gak ke seat mcm nie?” kata Congo Man kepada saya. “Hmm selamber je weh, Liyana Jasmay kot. Takkan taknk tngk? Bile lagi kite nk tngk Liyana Jasmay nye body (untuk makluman, ada babak Liyana Jasmay menanggalkan kain dalam filem ini)” jawap Apis sambil mengusha budak lepasan SPM tersebut. Beberapa saat selepas itu, Din Atas, Din bawah dan Atok smpai dengan girangnya. Muke masing2 memang steady. Maklumlah nk tngk cite seram hantu. Tibe2 Congo Man berkata “Ok adek, depan pun depan la, berape ye harga?”

Kami bergegas masuk ke dewan tontonan, dalam perjalanan Din Atas telah di marahi oleh pertugas GSC kerana melalui jalan yang baru di mop oleh mat bangla. Din Atas berasa down sekejap dan tibe2! Dia tersenyum semula. Diorg ni pon satu gak, nk mop time2 mcm ni, signboard “jangan lalu” pon tak letak. Dalam kes ini, saya menyokong Din Atas. Dia tidak sepatutnya dimarahi. Ok, setibanya di dewan tontonan, kami terus menuju ke barisan paling hadapan. “Uiks, besar gile bomoh ni (masa duduk cite dah mule, bomoh ngah merawat pesakit)” spontan saya bermonolog dalaman. Patutlah, duk depan skali, mesti nampak besar. Kami semua membetulkan posisi supaya postur badan kami sesuai dengan situasi keadaan. Kelihatan Congo Man memandang skrin dari kiri ke kanan ke bawah ke kiri dan ke atas supaya dapat memerhatikan keadaan sebenar.

Dalam melakukan proses menonton wayang ini, kami dikejutkan dengan beberapa aksi2 seram pelakon. Din Atas yang pada mulanya kelihatan tenang, menjerit kerana terperanjat. Begitu juga dengan saya dan Congo Man. Cume Din Bawah dan Atok sahaja yg agak tenang. Din Bawah tenang kerana dia sudah biasa berada di dalam alam mistik sebegini, manakala Atok tenang kerana dia sudah tertidur (ceit, saje ar tu tido, padahal takot tngk cite seram hantu). Kami dikejutkan lagi dengan sound effect yg agak kuat. Kali ini Congo Man kelihatan ketawa walhal saya dan Din Atas tengah ketakutan. Mana tak takot beb, dalam balang ada kepala Liyana Jasmay yang telah dipotong. Bergerak2 plak tu. Peh, feel dia tak leh cakap ar mcm ne. “Oit Zad, kenapa ko ketawa nie? Potong stim ar ko ni. Tak feel ar part2 seram ketawa.” kata saya dengan nada yg agak tegas. “Haha seram2 ni kalau ketawa takde ar rasa seram sngt” Congo Man berkata sambil masih ketawa. “Tahi ar ko Zad, aku ingt ko kene rasuk dengan puaka Niyang Rapik tadi” Din Atas mencelah.

Nak pendekkan cerita, kami selesai menonton cerita seram hantu ini. Orang ramai berpusu-pusu untuk pulang. Kami masih duduk di tempat yg sama. Kami sebenarnya segan untuk keluar kerana kami banyak mengeluarkan jeritan2 dan bunyi2an yang boleh menjatuhkan maruah kami sebagai lelaki yang agak kacak dan tough sepanjang cerita tersebut berlangsung. Jadi kami mengambil keputusan untuk keluar lambat sikit. Sekian sahaja nampaknya cerita saya untuk hari ini. Selamat beramal dan renung2kan.


lepas ni nk tngk cite seram hantu dengan gadis2 plak.

March 3, 2010

sahabat teman kawan rakan

terima kasih pada semua
syukur kepada yang ESA
kita di pertemukan untuk bersama
dalam perjuangan yang penuh berbisa

terima kasih pada semua
yang membuatkan aku dapat terus berdiri dengan kaki sendiri
untuk terus berjalan dan berlari
untuk terus bangun untuk kali kelapan biarpun jatuh buat kali ketujuh
bagi mencapai puncak kepuasan

terima kasih pada semua
banyak yang telah sudah kita kongsi bersama
dari A hingga Z
dari sedih hingga gembira
dari 1 hingga sejuta

terima kasih pada semua
yang telah mewarnai kain putihku
tanpa kamu, semestinya aku tidak akan berada di sini
tanpa kamu, sememangnya aku tidak akan berdaya
tanpa kamu, sesungguhnya hidupku akan gelap

terima kasih pada semua
semoga kalian terus dirahmati
teruskanlah terbang untuk mengejar mimpi
teruskanlah berenang untuk mengecapi realiti
teruskanlah berlari untuk kepuasan diri

telah ku lakukan semua
telah ku tunaikan sebahagian
telah ku berikan segalanya
adakalanya aku tidak terdaya


maaf ku ucapakan kepada sahabat teman kawan rakan yang jarang dapat bersua, bukan untuk mengelak diri, bukan untuk menjadi penyombong, cuma keadaan memaksa :(

March 1, 2010

mamak


pagi yang agak gelap, burung berkicauan dengan gembiranya, angin kelihatan sepoi2 bahasa.

mamak 1 : ane, mahu minum ape?
apis : bagi sy nescepe o suam satu. suam tau. jangan panas. bibir mongel sy ni takleh panas2 pagi2 ni.
mamak 1 : okay. makan?
apis : hmmm roti bakar kaya lebih. kaya lebih tau. jgn bakar lama2. sy takske makan roti rangup2 tapi hitam.
mamak 1 : orait. siap. (mamak ni bagi harapan palsu kat aku. baru order tak smpai 3saat takkan ar dah siap, benci)

sambil2 aku membaca sokabor lidah kerajaan "utosan malaysia" tu ada sorg lagi mamak(mamak 2) datang.

"ane, minum apa?" kata mamak 2 ini sambil tunjuk muke tak ensem.
"hiahs, sude order la tadi" jawap aku dengan muke agak begis. tak nmpk ke aku ngah baca sokabor ni? nk ajak borak kenapa? hish!.

5 menet kemudian, roti bakar kaya lebih aku smpai. aku makan dengan tenang. secubit-secubit. kelihatan 2, 3 pengunjung kedai mamak ini memerhatikan gelagat aku. aku bermonolog dalaman "hmm seksi ke aku makan mcm ni smpai ramai yg nk tngk?, hais susah jadi org comel ni, makan roti pon org ckp seksi" lepas abis makan roti bakar kaya lebih, air yg aku pesan tak smpai2 lagi. hais, bikin aku angin je mamak ni.

"mapley! air sy mana? tadi sudah order, tak smpai2 pon" aku jerit tak berapa kuat kat mamak tu.
"ayoyo, tadi u cakap sudah order, jadi sy tarak buat la" jawap mamak 2 ni dgn slumber.
main kasar nampaknya mamak ni. aku pandang2 mencari mamak 1, tak jumpe, main nyorok2 ke ape pagi2 ni? "hmmm bagi nescepe o suam 1, horlicks ais 1!" kata aku dgn nada geram. 5 menet selepas tu, kedua2 air yg aku pesan smpai. aku menghirup air nescepe o suam dengan pelahan2.


selepas tamat sesi bekpes aku, aku bergerak ke kaunter bayaran, "roti bakar kaya lebih 1, nescepe o suam 1, brape ye?"