August 25, 2011

Bintang



See this girl? She's so adorable rite?

Anyone can catch my eyes. But it takes a SPECIAL SOMEONE like you to catch my heart.

Everytime I look at her I smile. Is this love?

I wanna love you and treat you right, I wanna love you every day and every night.

August 22, 2011

Aku Kau I U Saya Awak Part 1

Dup dap dup dap. Arkhh kenapa plak ni aku berdebar-debar? Dah lama aku tak rasa macam ni. Last aku rasa macam ni masa 1st year aku belajar dulu kat UTM. Masa bercinta dengan Asmaradana. Masa tu ye la jantung aku berdebar-debar masa pertama kali keluar makan dengan dia. Tapi kali ni kenapa pula aku rasa semacam je ni? Aku nk kuar dengan kawan yang dah lama je tak jumpe. Kenapa sampai berdebar-debar sekali ni? Haish pelik aku. Fadzil kehilatan resah di dalam kereta sportnya. Dia sedang memandu ke rumah teman lamanya yang hampir sepuluh tahun tidak bertemu.

“Alamak, jalan jammed plak, mampos aku kalau lambat ni. Amira ni dah lah garang,” Fadzil masih gelisah sambil mulut nya terkumat-kamit memaki pemandu-pemandu di jalan raya yang menyesakkan jalan. “Hari Ahad pon nak kuar diorang ni. Duduk la rumah jaga anak bini.” Fadzil masih terus membebel seorang diri di dalam kereta.

Beberapa minit kemudian Fadzil sampai di rumah Amira.

“Oit, aku dah kat luar rumah kau ni. Jempot la keluar” Fadzil menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Amira.

Tettt teett. “Okay-okay. Kejap. 5 minit.” Amira membalas. Fadzil kelihatan gelisah. Setitik dua peluhnya jatuh menghempap baju yang dipakai. Fadzil cuba menguatkan aircond kereta sportnya bagi mengawal keadaan.

“Ya Allah, kenapa aku berdebar-debar ni? Ini kah pertunjuk Kau yang aku menyintainya? Tapi dia cuma kawan aku sahaja. Macam mana aku boleh menyintainya tanpa aku sedar?” Monolog Fadzil sambil menunggu Amira datang.

Kring Kring. Fadzil mengangkat panggilan. “Oit. Kereta kau yang warna putih ni ke?” Amira menelefon Fadzil bagi memastikan kenderaan yang dinaiki olehnya. Bukan apa, Amira takot salah menaiki kenderaan. Maklumlah sudah lama dia tidak bertemu Fadzil. “Ye-ye. Kereta sport tu kereta aku la” Balas Fadzil sambil tersenyum seorang diri.

Tok..tok.. Amira mengetuk tingkap kereta Fadzil. Fadzil gelabah. Dia menurunkan tingkap dan membiarkan Amira di luar. Lalu Fadzil mempelawa Amira masuk tanpa dia sedar yang sebenarnya pintu masih berkunci. “Alamak, kunci. Lupa plak. Sorry-sorry weh. Kau cantik sangat sampai aku tergamam terlupa nak bukak pintu.” Kata Fadzil seraya Amira memasuki keretanya.

“Arkhh kau ada-ada je. Aku biasa je la. Wah lama gile kita tak berjumpa kn?” Balas Amira

“Haa tu la pasal. Lama gile kita tak jumpe. Eh kau cantik-cantik ni nak pergi mana? Kita nak kuar makan je kan?” Fadzil mula berbicara walaupaun dadanya masih berdebar-debar.


Ps : Kahkahkah lama dah aku tak menulis dalam blog ni.

April 19, 2011

Cara Nak Memahami Perempuan Dengan Perkataan

1. K

- perkataan ni kebanyakkan lelaki tak suke. Tengah sedap2 sms tibe2 si perempuan tulis, “k”. Peh. Benci nye. Susah sangat ke nk tulis OKAY? OK?

Cth –

L: Awak, jom tido nak? Da ngantok la.

P: k

Peh, tulis “k” je. Titik pon takde. Smiley jangan harap la. Tande seruan pon takde. Malas beno nk melayan nampaknya. Aku ni dah la tak suke K ni sejak dia rampas Siti Nurhaliza dari aku. Kahkahkah so lelaki, bile perempuan balas mesg mcm tu korang patut tahu yg korang ni tidak dilayan dgn baek. Diorg menyampah sebenarnya. So lepas dia tulis “k”, korang balas, “aak”.

2. Jap, 5minit

- eh kak, saya dah menunggu anda 35minit di sini. Ke akak terlupa nk tulis jap, 5 x 7 minit? Bagi perempuan, 5 minit ni sebenarnya +-30minit. So lelaki, bile perempuan cakap “u datang amik I lagi 5 minit eh”, korang reply je “orait,cant wait to see u sayang” pastu korang gi Jalan2 jap, hisap rokok sebatang dua, g 7e beli slurpee then agak2 dah nk 25minit masa berlalu, baru pergi ke perempuan tu.

3. Whatever

- seriously bai, aku benci gile bile dapat mesg mcm ni nk2 dari perempuan. Peh diorg bajet hot je. Kita tengah2 nasihat dia supaya keadaan menjadi lebih baek, dia buat nk taknak je. Whatever ni sebenarnya cara lain perempuan nk cakap “fuck off!” kn? Eleh mcm aku tak tahu je, kalau dah taknk dengar nasihat tu mcm tu la. Kahkahkah. Sekali lagi bile perempuan tulis mcm ni korang tulis balik. “K,bye.”

4. Taklah, bukan salah awak pon, saya yang salah.

- bro, bile korg dpt sms mcm ni, maksud sebenarnya diorg mmg nk salahkan korg, korang jangan mudah terperdaya sangat. Diorg saje je nk bersarkastik dgn korg. Konon2 nk buat korg rasa bersalah lah. Eceh. Tak dapat kak, kitaorg takkan terjerat dengan sandiwara mcm ni. So, lepas tu korg reply je “bagus la kalau awak sedar salah awak, lain kali jangan buat lagi. Okay?” kat blakang tu jgn lupe letak smiley skali. Diaorg sarkastik kita pon sarkastik la balik, jangan mengaku kalah bai. Haha eh tapi tu bile memang korg rasa dan yakin tanpa was2 yg memang korg yg salah la dalam pergaduhan tu (ada ke laki nk mengaku salah, kahkahkah). Kalau korg rasa mmg korang betol, dan perempuan tu mengaku dgn tulus ikhlas suci yg diorg salah, jangan la korg balas sarkastik plak. Gaduh balik kang. Haha

5. Im okay.

- bile mood tengah sedih2. perempuan tu berduka, and bile korg tanya “are u okay sayang?” dia reply lambat, “im okay ;)” maknanya tu mmg dia tak okay la tu. So korang amik kunci kereta, start enjin, pergi kat perempuan tu. Turun kereta, then cakap, “I know, u r not okay baby” then hug dia dengan manja. Yang dah kawin la leh hug2 ni. Yg belum kawin, pandai2 la buat ape yg patut.


btw, bende ni ikot situasi. bergantung pada keadaan sekitar. kahkahkah

April 17, 2011

bile lelaki mencitai perempuan

Bile lelaki mencintai perempuan, hidup perempuan itu akan lebih diutamakan dari hidup dia.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia tak boleh nak bagitahu kenapa dia mencintai perempuan itu, yang dia tahu di mata dia hanya ada perempuan itu.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia selalu buat perempuan tu marah, menangis dan sebagainya, tapi apa yang dia buat sebenarnya tu untuk kebaikan perempuan itu sendiri juga. Perempuan kadang-kadang tak sedar.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia sebenarnya tak suka teddy bear, tapi bile perempuan bagi dia teddy bear, dia akan jaga teddy bear tu baik-baik dan letak kat tepi katil dia. Sebelum tido mesti dia akan cium teddy bear tu.

Bile lelaki mencintai perempuan, walau sejauh mana pun perempuan tu duduk, dia tetap akan bersemangat nak jumpe, bagi dia jauh bukan halangan, penat bukan alasan. Yang penting dapat bertemu dan meluangkan masa bersama.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia jarang cakap “I love U”, sebab apa yang dia dah buat sebenarnya dah menunjukkan yang dia sayang kat perempuan tu. Cume dia akan bagitahu bile perlu. Sebab dia taknak perempuan akan salah faham, dia cuma nak perempuan tu tahu yang dia sayang perempuan tu.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia jarang memuji perempuan tak kira la di depan perempuan tu atau di belakang, yang dia tahu memang perempuan tu terbaik dari perlbagai segi di depan matanya.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia tak mudah nak buat janji, sebab dia tak nk memungkiri janjinya. Kalau dia berjanji pon, in the matter of time, dia akan tunaikan juga. Dia nk perempuan tu percaya kat diri dia yang dia akan buat perempuan tu bahagia.

Bile lelaki mencintai perempuan, mungkin dia akan terlupa tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka bersama, tapi dia tak pernah terlupa yang setiap saat dalam hidup dia yang dia sayang perempuan tu tak kira la hari ini hari apa.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia akan cakap kat perempuan tu jangan la pikir banyak sangat, sebab dia sudah merancang semuanya, dia akan bagi yang terbaik untuk masa depan bersama, tunggu saja kejutan yang bakal diterima. Percayalah, dia boleh buat yang terbaik untuk perempuan.

Bile lelaki mencintai perempuan, bile sudah rindu, dia jarang bawak bunga atau coklat dan panggil perempuan sayang, tapi dia akan cakap “eh kenapa awak makin kurus, baru dua hari tak jumpe” dengan hati yang ikhlas dan suci.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia akan mendengar setiap patah perkataan yang perempuan tu akan cakap, bile perempuan tu marah dan dah abis cakap, dia dengan tenang dan jawap “dah, esok ka ada kelas/kerja, pergi tidur dulu.” Sambil tersenyum dengan tenang.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia selalu panggil perempuan dengan panggilan budak kecik, my little baby, tapi bile sampai satu masa yang dia perlu buat keputusan, dia akan mintak nasihat dari perempuan tu dulu.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia akan mengalah bile setiap kali perempuan tu cari gadoh dan marah-marah tak tentu pasal, lagi la kalau dia yang buat salah dulu, dia akan mintak maaf. Sebab bagi dia, perempuan tu segalanya, tak kesah la ape terjadi, cume kalau mmg perempuan tu yg salah, dia akan bagi mesg cakap “sayang, sy mintak maaf, tapi sy harap awak tahu sebenarnya itu salah awak”

Bile lelaki mencintai perempuan, dia tak tahu nk buat ape bile perempuan tu marah walaupun perempuan tu nk penjelasan secepat mungkin. Dia akan senyap, tapi lepas 2, 3 jam,dia akan bagitau kat perempuan tu kenapa dia lambat bagi penjelasan, “saya bukan tak nak jelaskan kat awak, tapi bile awak marah, apa yang saya cakap ni semuanya sampah, its only works when you’re calm down.”

Bile lelaki mencintai perempuan, dia rindu kat perempuan tu, dia akan buat-buat hari dia busy untuk tidak memikirkan pasal perempuan tu, sebab bile dia start terpikir, hari-hari dia akan terganggu sebab dia takleh buat kerja bile dia rindu dan terpikir kat perempuan tu.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia beli bunga ros padahal dia sebenarnya terbeli bunga lily, dia tak tahu, tapi bende tu bukan persoalannya sebab dalam hati dia, bunga tu tetap ros.

Bile lelaki mencintai perempuan, dia jarang menangis. Tapi bile dia menangis dan menangis pula depan perempuan tu, perempuan tu patut tahu bertapa besarnya perempuan tu dalam hidup dia.

Bile lelaki mencintai perempuan, perempuan buat tak layan je, tak kesah dah pasal lelaki tu, satu hari nanti jangan tanya kenapa lelaki tu berubah. Perempuan tu patut tahu apa berlaku :’)


December 3, 2010

nasi lauk kari, pilihan anda

“Hujan lebatnye kat luar tu wak, awak slowkan sikit aircond tu boleh tak? Saya sejuk la wak.” Kata amira kepada Fadzil sambil mengigil-gigil kecil kesejukan. Kelihatan Amira mendakap badannya sendiri dari menahan suhu sejuk dari terus menusuk ke tubuhnya.

Fadzil tanpa sebarang kerenah terus pergi mendapatkan remote control untuk aircond di bilik berkenaan. “La padan la awak sejuk sangat, 16 °C. Ni suhu untuk waktu siang je wak. Malam ni environment dah sejuk so 23 °C pon dah okay. Dah kira sejuk jugak tu. Ish awak ni”

“Mana saya tau, saya malas nk ubah-ubah. Saya tekan button on je tadi. Then saya terus duduk.”

“Haish awak ni. Manja sangat. Nak suruh saya peluk la tu, tu nak sejuk-sejuk kan?” Fadzil mengusik Amira sambil memberikan senyuman penuh menawan dan nakal.

“Haaa, nak mengatal la tu, nampak penumbuk ni? Nak kena tak? Cuba la peluk kalau nak kena.” Pantas Amira membalas usikan Fadzil. Segenggam penumbuh megah di tunjukkan dengan semangat yang tulus.

“Takmo la, tak sedap pon penumbuk tu. Lain la tumbuk nak urut. Sedap juga rasanya.”

“Haaa mengade-ngade la awak ni.” Kata Amira di ikuti dengan aktiviti menjelir lidah.

“Alaaaa bukan selalu mengade-ngade dengan awak (gelak kecil). Eh awak, jom makan, lapar la ni. Ni ada nasi lauk ayam, kari ni. Jom.” Pelawa Fadzil. Nasi kandar berlaukan kari, sayur kubis, telor masin dan ayam goreng di hulurkan kepada Amira. Fadzil melabuhkan punggungnya ke kerusi yang terletak berdekatan dengan Amira. Seperti biasa Fadzil akan meletakkan dompet dan telefon bimbitnya di atas meja untuk mendapatkan duduk yang sempurna tanpa benjolan dompet di punggung.

Sambil menikmati makanan, mereka berborak-borak seperti biasa sehingga la memasuki topic yang lebih serius iaitu mengenai kawan-kawan perempuan Fadzil. Amira bertanya kepada Fadzil, “Awak, saya tengok awak ni baik betol dengan saya, tp dengan perempuan lain pun saya tengok awak baik juga. Macam dengan Ziela and Nadia tu, awak suka diorang ye?”

“Eh takde la wak, saya dengan diorang takde la serapat mana pon. Just diorang antara kawan saya yang dari sekolah menengah saya kenal. And kami masih kawan macam dulu.” Jawap Fadzil dengan tenang. “Eh kenapa awak tanya ni? Awak jeles eh?”

“Eh mana ada jeles. Takde maknanye saya nk jeles. Bukan ape, saya tengok awak melayan perempuan ni lain macam je. Telampau baik pulak. Kadang-kadang macam terlebih. Saya rasa la. Bukan ape wak, sebab layanan awak tu kadang-kadang boleh buat perempuan ni perasan. Saya tau hati perempuan wak. Dengan ayat-ayat manis awak ni perempuan boleh jatuh cinta juga wak. Awak macam bagi diorang harapan.”

“Eh ye ke? Saya tak tahu pon wak. Saya memang layan perempuan macam tu. Bagi saya biasa aje. Takde pon lebih. Sebab saya memang hargai perempuan wak. Terutama mama saya lah. So takkan saya nk layan perempuan jahat-jahat plak.” Kata Fadzil.

“Saya tahu tu, tapi awak pon tahu juga saya macam mana kan? Sebab kadang-kadang saya tengok awak layan diorg macam awak nak ngorat diorang jugak. Kalau awak nak ngorat diorang, awak teruskan lah. Saya taknak kacau. Saya taknak jadi salah seorang daripada orang yang awak nak ngorat.” Balas Amira dengan nada yang agak serius.

Fadzil diam seketika. Berfikir tentang layanan yang diberikan kepada rakan-rakan perempuan yang lain. “Tak wak, saya taknak mengorat diorang pon. Saya nak mengorat awak je.”

“Tapi cara layanan awak tu tak menunjukkan macam tu pon. Saya rasa awak nk jadikan diorang sebagai pilihan awak kan kalau awak tak dapat saya? Sebab tu awak layan diorang macam tu kn? Awak tau kan saya nak jadi satu-satunya?” kata Amira sambil menjeling manja.

“Awak, awak jangan salah faham. Takde maknenye saya nak buat macam tu. Awak bukan pilihan pon. You are not an option sayang, neither a choice, you’re my priority. Awak satu-satunya.”



yeah aku dah gemuk balik gara-gara nasi lauk kari ni. ceit! aku terpengaruh dgn fadzil.