January 10, 2010

klasik - johor vs brazil

"kau yakin ke johor leh menang ni pis?" bisik laksmana

"ala ko steady je,aku yakin johor leh menang ni,dah banyak dah perlawanan dia lalui." kataku dengan muka yang agak steady. sebagai peminat sejati johor takkan aku nk mengalah plak.tak manis ar,mengalah sebelum berlawan.

"ok2.aku cuak ni pis.maruah kita ni" sambil berbual,aku dan laksmana pergi ke belakang blok berhampiran koperasi sekolah kebangsaan sri mersing.

"uiks,ramai gile org kat koperasi ni weh?mcm mana nie?" laksmana dah rasa gentar. aku masih tenang. aku masih steady sambil sekali sekala mengacau awek yang kat depan koperasi. "lawa2 juga ek dak kat koperasi ni" bisikku dalam hati.

waktu perlawanan bermula,kelihatan johor sedang bertungkus lumus di hujung meja membuat pelbagai formasi bagi mengatur strategi terbaik.johor mesti menang.kelihatan brazil juga mengatur strategi.brazil membuat larian pantas ke tengah padang.johor mengatur langkah.

dannnnnnnnnnnnnnn..............................................

JOHOR menghempap BRAZIL.

"yahooooo..johor menang" sorakan penyokong2 setia di belakang koperasi.penyokong bukan sahaja di kalangan lelaki malah terdapat juga perempuan2 yang comel.

aku pulang dengan perasaan bangga.sejarah akhirnya tercipta.


balik rumah mamaku bertanya, "eh kenapa ada dua pemadam dalam pensel bok kau nie apis?"

4 comments:

sara bashah said...

hahahaha...aku pun slalu main lawan pemadam wehhh...sama! sama! suka entri ni..tringaat zaman kecik2. hahaha....

aizad.kamil said...

bodoh sial post ko ni ... hehehe

biztoone said...

hahaha nk wat mcm mana, aku tadi semalam g beli pemadam, teringat plak zaman aku terer dolu2..haha

susah beb nk dapat pemadam lambang bendera johor. kat koperasi tu baru je letak seminit, dah ada org sambar. kuat tak kuat ar johor time ni..

zidah mdtahir said...

game terbaek time tuu..

aizad tu mcm x penah terjebak je ngan lwn pemadam..