March 4, 2010

Lelaki Agak Kacak Nonton Cerita Seram Hantu

Semalam, hari rabu, tiket wayang rm6, kami budak2 rumah iaitu Apis (saya), Aizad (Congo Man), Syazwanuddin (Din Atas), Hafizi (Atok), dan Sharfuddin (Din Bawah) telah sebulat suara untuk menonton cerita seram Malaysia, Niyang Rapik walaupun pada mulanya ada yg membangkang bukan kerana ia product tempatan tetapi setelah di selidik dengan teliti pembangkangan tersebut berlaku kerana Atok (nama samaran) takot akan cerita seram hantu. Walaubagaimanapun pembangkangan tersebut telah ditolak dan kami sebulat suara menaiki kereta persona m-line lotus handling menuju ke alamanda yang dirasakan paling dekat dan paling feel. Alamanda dipilih sebenarnya kerana populasi orang Melayu yg tinggi di kawasan ini dan jauh dari hiruk pikuk bandar dan seterusnya menaikkan feel seram di dalam diri kami.

Apabila sampai di Alamanda, saya dan Congo Man menjalankan tugas, kami berlari dengan tenang masuk untuk membeli tiket kerana kami sebenarnya sudah terlambat hampir 7 minit. Semasa di kaunter, Congo Man bertanya kepada budak lepasan SPM, “Niyang Rapik, kul 10 setengah untuk 5 org ada lagi tak?”. “Selamat datang ke GSC. Ada, tapi seat depan je la, depan skali, tapi jgn risau, ada pentas kat depan, so takde la rapat sngt.” Jawap dengan penuh sopan budak lepasan SPM tersebut. Sambil itu saya berbicara di dalam hati, “Hmm comel gak dak ni,cianny, comel2 kene keje malam2 mcm ni.” “Eh mcm ne ni Apis?, nk tngk gak ke seat mcm nie?” kata Congo Man kepada saya. “Hmm selamber je weh, Liyana Jasmay kot. Takkan taknk tngk? Bile lagi kite nk tngk Liyana Jasmay nye body (untuk makluman, ada babak Liyana Jasmay menanggalkan kain dalam filem ini)” jawap Apis sambil mengusha budak lepasan SPM tersebut. Beberapa saat selepas itu, Din Atas, Din bawah dan Atok smpai dengan girangnya. Muke masing2 memang steady. Maklumlah nk tngk cite seram hantu. Tibe2 Congo Man berkata “Ok adek, depan pun depan la, berape ye harga?”

Kami bergegas masuk ke dewan tontonan, dalam perjalanan Din Atas telah di marahi oleh pertugas GSC kerana melalui jalan yang baru di mop oleh mat bangla. Din Atas berasa down sekejap dan tibe2! Dia tersenyum semula. Diorg ni pon satu gak, nk mop time2 mcm ni, signboard “jangan lalu” pon tak letak. Dalam kes ini, saya menyokong Din Atas. Dia tidak sepatutnya dimarahi. Ok, setibanya di dewan tontonan, kami terus menuju ke barisan paling hadapan. “Uiks, besar gile bomoh ni (masa duduk cite dah mule, bomoh ngah merawat pesakit)” spontan saya bermonolog dalaman. Patutlah, duk depan skali, mesti nampak besar. Kami semua membetulkan posisi supaya postur badan kami sesuai dengan situasi keadaan. Kelihatan Congo Man memandang skrin dari kiri ke kanan ke bawah ke kiri dan ke atas supaya dapat memerhatikan keadaan sebenar.

Dalam melakukan proses menonton wayang ini, kami dikejutkan dengan beberapa aksi2 seram pelakon. Din Atas yang pada mulanya kelihatan tenang, menjerit kerana terperanjat. Begitu juga dengan saya dan Congo Man. Cume Din Bawah dan Atok sahaja yg agak tenang. Din Bawah tenang kerana dia sudah biasa berada di dalam alam mistik sebegini, manakala Atok tenang kerana dia sudah tertidur (ceit, saje ar tu tido, padahal takot tngk cite seram hantu). Kami dikejutkan lagi dengan sound effect yg agak kuat. Kali ini Congo Man kelihatan ketawa walhal saya dan Din Atas tengah ketakutan. Mana tak takot beb, dalam balang ada kepala Liyana Jasmay yang telah dipotong. Bergerak2 plak tu. Peh, feel dia tak leh cakap ar mcm ne. “Oit Zad, kenapa ko ketawa nie? Potong stim ar ko ni. Tak feel ar part2 seram ketawa.” kata saya dengan nada yg agak tegas. “Haha seram2 ni kalau ketawa takde ar rasa seram sngt” Congo Man berkata sambil masih ketawa. “Tahi ar ko Zad, aku ingt ko kene rasuk dengan puaka Niyang Rapik tadi” Din Atas mencelah.

Nak pendekkan cerita, kami selesai menonton cerita seram hantu ini. Orang ramai berpusu-pusu untuk pulang. Kami masih duduk di tempat yg sama. Kami sebenarnya segan untuk keluar kerana kami banyak mengeluarkan jeritan2 dan bunyi2an yang boleh menjatuhkan maruah kami sebagai lelaki yang agak kacak dan tough sepanjang cerita tersebut berlangsung. Jadi kami mengambil keputusan untuk keluar lambat sikit. Sekian sahaja nampaknya cerita saya untuk hari ini. Selamat beramal dan renung2kan.


lepas ni nk tngk cite seram hantu dengan gadis2 plak.

5 comments:

zidah mdtahir said...

"....Liyana Jasmay kot. Takkan taknk tngk? Bile lagi kite nk tngk Liyana Jasmay nye body..."

kurang asam jek ayat...

Db Cooper said...

bro, lain kali nengok cite serang ada awek, ajak la aku skali.. haha

afun loneranger said...

black..aku nk no tepon dak GSC tu..huhuhuhu

biztoone said...

jida : haha betoi ar, dah tngk blm cite dia? haha

mok : haha baek..nnti aku roger :P

afun : haha tak mintak ar bro..sogan..haha aku tak howt..laen ar ko, ko mintak mesti dpt :P

Cinta Hatiku said...

lain kali keluar dulu..org tak nampak muka korang..kalau keluar kemudian org blh tgk muka korang yg jerit mcm kena rasuk..hahaha..