March 15, 2010

biodata budak darjah 6

Time akhir tahun setiap kali nak naik darjah mesti kawan2 suh tulis biodata dalam buku comel kecik diorg. Nak2 masa darjah 6, sume budak bakal meningkalkan sekolah. Aku tak terlepas dari menulis. Biasalah aku agak comel dan dikenali ramai time tu. Setiap murid mesti memdambakan biodata aku. Kalau budak2 lelaki yang suruh tulis, aku buat simple2 je. Pakai pen pon satu kaler je, kadang2 biru, kadang2 hitam, kadang2 pakai pensel 2B je. Tapi kalau budak pompuan suruh tulis, jangan harap la aku nk gune pensel 2B, aku mesti gune pen kaler2 punya, paling cikai pon kene gune pen dakwat emas dan silver, baru ar aku nampak gagah di mata diorg.


Nama : Fadzirul Hafith Bin Margono

Nama Gelaran : Apis

Tarikh Lahir : 22 Januari 1987

Tempat Lahir : Atas Tilam Kat Lantai Ruang Tamu, Kg Makam, Mersing. Mak Bidan Sambut.

Umur : 12 Tahun 9 Bulan 8 Hari

Masakan Kegemaran : Nasi Ayam (Ayam Bahagian Peha), KFC & Nasi Goreng Ayam.

Minuman Kegemaran : Milo Ais

Kawan Baik : Yoni & Azizul

Musuh : Syaitan Yang Direjam

Kekasih : Rahsia.

Hobi : Main Bola Sepak & Lari Laju-laju

Cita-cita : Askar, Polis dan Sainstist.

Motto : Utamakan Perkara Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Daripada Perkara Yang Kurang Penting.

Ucapan : Semoga Berjaya Dalam UPSR. Semoga Terus Ceria. Kawan Biarlah Seribu, Kekasih Biarlah Satu. Dah Masuk Skolah Asrama Nanti Jangan Lupe Aku.


p/s : nanti tulis kat buku aku pulak.



Budak2 skarang mesti tak dapat merasa nikmat menulis biodata. Sume details dah ada kat facebook. Gile kesian budak2 skarang.

10 comments:

Eyn said...

btui2! rindu gila ngan buku biodata tuh! paling lekeh nak pen colour2 mesti pakai pen merah!
muahahahah!!!

Unknown said...

abg buku ika xde pon abg nak tulis2 biodata ni.. :P

zidah mdtahir said...

haha,..terimbas kembali zmn2 mude..
time nk tulis tu, mukasurat kalo boleh xnk sebelah2..corak kalo bley xnk sma ngan org laen...
perghh.. kenangan2...

Db Cooper said...

Utamakan Perkara Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Daripada Perkara Yang Kurang Penting.

nie mcm motto jamaica je bro.. hahahaha ciplak ke ape

biztoone said...

eyn : haha tu ar pasal..pen merah dgn pen biru dah cukup dah time tu haha

ika : haha kite mana sama skolah dik oi :P

zidah : haha eh ko pon same ek? aku dulu pon cari page blakang2 yg kosong2..yg leh tulis dua2 belah..haha

tomok : haha masa ni drjh 6 ar bro, kenal jamaica masa form 4..haha fenomena ayat tu masa dulu..aku tiru je..haha

Cinta Hatiku said...

hahaha..biodata...memacam la budak ni :p

biztoone said...

haha biasa la kak :)

Peeja said...

wah biodata ko peace2....kamu memg nakal...kah3!!!!lalalalalala....

ajie_harini said...

zamann saya tada punn macm tuu?? kenapa ye? mungki sebab saya sekolah cina?

biztoone said...

farisha@peeja :P : haha aku mana nakal..huhu

ajie : hehe ye ke? waaa rugi gile takde kenangan ni..hehe sekolah pai chee ke? waaaa