March 11, 2010

cerita agak pendek (ceragapen) - debunga wangi cinta


Bila saatnya ku temukan indah di hatimu
Berapa lama waktuku harus menunggu
Cahaya matamu menghiasai seluruh hatiku
Andai kau tau dalam lelap ku sebut namamu

Lirik lagu ni sering berkumandang dalam diri Apis sejak kebelakangan ini. Sayup-sayup kedengaran memecah sepi pagi yang hening. Apis seperti kebiasaan akan bertolak seawal pukul 6.30 pagi untuk pergi menunaikan tanggungjawap sebagai seorang pekerja yang penuh berdedikasi. Pemergian Apis ke tempat kerja ini disambut dengan perasaan yang sangat mengantuk. Malam tadi Apis tidak dapat tidur lena. Ada sahaja yang bermain difikirannya. Perkara pokok yang bermain difikirannya adalah soal cinta dan calon isteri. Apis sangat gementar kerana umurnya semakin meningkat. Takut tidak kahwin sampai ke tua pula nanti. Malulah Apis sebagai seorang yang boleh dikatakan kacak dan comel tetapi mendapat gelaran “Bujang Terlajak”. Mana Apis hendak letak harga dirinya. Kalaulah dapat gelaran itu, sudah pasti Apis tidak akan pulang ke kampung halaman selamanya.

Emosi Apis sejak beberapa hari ini kelihatan sangat berlainan. Tidak seperti selalu dimana emosi Apis terhadap soal cinta yang sudah lama berkubur tiba-tiba memuncak semula. Banyak perlakuan Apis yang menunjukkan perlakuannya yang berlainan dari kebiasaan seperti Apis sudah pandai menambah nilai kredit telefon bimbitnya sebanyak RM10++ seminggu. Berlainan sekali kerana selama beberapa bulan ini Apis hanya menambah kreditnya Rm30++ sebulan lebih. Selain itu, Apis juga sudah pandai bermain sms hingga lewat malam dan kadang-kadang Apis ketawa sendirian membaca sms. Apa yang melucukan hatinya tidaklah pula di ketahui. Apis juga sudah pandai untuk bernyanyi lagu-lagu cinta semasa berada di bilik air. Antara lagu kegemaran Apis semasa berada di bilik air adalah lagu dendangan penyanyi tersohor tanah air iaitu Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu, Kurik Kundi, Badarsila dan Kau Mawarku serta lagu penyanyi dari seberang Melly Goeslow – Ketika Cinta Bertasbih. Jarang sekali Apis menyanyikan lagu-lagu arus perdana seperti Adam & Stacy – Mengegar Dunia, Alif Satar – Jangan Nakal dan Bunkface – Revolusi. Daripada pemilihan lagu ini bolehlah disimpulkan yang Apis mungkin dilamun cinta.

Bersambung . . .


adakah apis sudah jatuh cinta? siapakah gadis bertuah itu? nantikan jeng..jeng..jeng..

4 comments:

Eyn said...

phewittt! kawan aku tengah bercinta ke?? ahakz!

Db Cooper said...

gle awal ko pg keje, gile ke ape.. haha
bro, alah ko muda lagi ape.... duet da ribu riban nanti senang la dapat sok2, skarang nisbah laki ngan pmpuan 1 nisbah 8, so laki ada 8 pilihan.. besepah terabur semua pmpuan kat dunia nie

Anonymous said...

bile nak btau spe gadis bertuah tu?

biztoone said...

eyn : haha :p kawan2 je haha

tomok : tau takpe..6.30 am tu aku gerak..tu smpai dlm 7.15..if aku gerak 6.40..smpai kul 8..so baik aku gerak awal..haha mana ko tau nisbah tu? haha gile pupus laki ni..haha

anon : haha nantikan :P