Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

December 3, 2010

nasi lauk kari, pilihan anda

“Hujan lebatnye kat luar tu wak, awak slowkan sikit aircond tu boleh tak? Saya sejuk la wak.” Kata amira kepada Fadzil sambil mengigil-gigil kecil kesejukan. Kelihatan Amira mendakap badannya sendiri dari menahan suhu sejuk dari terus menusuk ke tubuhnya.

Fadzil tanpa sebarang kerenah terus pergi mendapatkan remote control untuk aircond di bilik berkenaan. “La padan la awak sejuk sangat, 16 °C. Ni suhu untuk waktu siang je wak. Malam ni environment dah sejuk so 23 °C pon dah okay. Dah kira sejuk jugak tu. Ish awak ni”

“Mana saya tau, saya malas nk ubah-ubah. Saya tekan button on je tadi. Then saya terus duduk.”

“Haish awak ni. Manja sangat. Nak suruh saya peluk la tu, tu nak sejuk-sejuk kan?” Fadzil mengusik Amira sambil memberikan senyuman penuh menawan dan nakal.

“Haaa, nak mengatal la tu, nampak penumbuk ni? Nak kena tak? Cuba la peluk kalau nak kena.” Pantas Amira membalas usikan Fadzil. Segenggam penumbuh megah di tunjukkan dengan semangat yang tulus.

“Takmo la, tak sedap pon penumbuk tu. Lain la tumbuk nak urut. Sedap juga rasanya.”

“Haaa mengade-ngade la awak ni.” Kata Amira di ikuti dengan aktiviti menjelir lidah.

“Alaaaa bukan selalu mengade-ngade dengan awak (gelak kecil). Eh awak, jom makan, lapar la ni. Ni ada nasi lauk ayam, kari ni. Jom.” Pelawa Fadzil. Nasi kandar berlaukan kari, sayur kubis, telor masin dan ayam goreng di hulurkan kepada Amira. Fadzil melabuhkan punggungnya ke kerusi yang terletak berdekatan dengan Amira. Seperti biasa Fadzil akan meletakkan dompet dan telefon bimbitnya di atas meja untuk mendapatkan duduk yang sempurna tanpa benjolan dompet di punggung.

Sambil menikmati makanan, mereka berborak-borak seperti biasa sehingga la memasuki topic yang lebih serius iaitu mengenai kawan-kawan perempuan Fadzil. Amira bertanya kepada Fadzil, “Awak, saya tengok awak ni baik betol dengan saya, tp dengan perempuan lain pun saya tengok awak baik juga. Macam dengan Ziela and Nadia tu, awak suka diorang ye?”

“Eh takde la wak, saya dengan diorang takde la serapat mana pon. Just diorang antara kawan saya yang dari sekolah menengah saya kenal. And kami masih kawan macam dulu.” Jawap Fadzil dengan tenang. “Eh kenapa awak tanya ni? Awak jeles eh?”

“Eh mana ada jeles. Takde maknanye saya nk jeles. Bukan ape, saya tengok awak melayan perempuan ni lain macam je. Telampau baik pulak. Kadang-kadang macam terlebih. Saya rasa la. Bukan ape wak, sebab layanan awak tu kadang-kadang boleh buat perempuan ni perasan. Saya tau hati perempuan wak. Dengan ayat-ayat manis awak ni perempuan boleh jatuh cinta juga wak. Awak macam bagi diorang harapan.”

“Eh ye ke? Saya tak tahu pon wak. Saya memang layan perempuan macam tu. Bagi saya biasa aje. Takde pon lebih. Sebab saya memang hargai perempuan wak. Terutama mama saya lah. So takkan saya nk layan perempuan jahat-jahat plak.” Kata Fadzil.

“Saya tahu tu, tapi awak pon tahu juga saya macam mana kan? Sebab kadang-kadang saya tengok awak layan diorg macam awak nak ngorat diorang jugak. Kalau awak nak ngorat diorang, awak teruskan lah. Saya taknak kacau. Saya taknak jadi salah seorang daripada orang yang awak nak ngorat.” Balas Amira dengan nada yang agak serius.

Fadzil diam seketika. Berfikir tentang layanan yang diberikan kepada rakan-rakan perempuan yang lain. “Tak wak, saya taknak mengorat diorang pon. Saya nak mengorat awak je.”

“Tapi cara layanan awak tu tak menunjukkan macam tu pon. Saya rasa awak nk jadikan diorang sebagai pilihan awak kan kalau awak tak dapat saya? Sebab tu awak layan diorang macam tu kn? Awak tau kan saya nak jadi satu-satunya?” kata Amira sambil menjeling manja.

“Awak, awak jangan salah faham. Takde maknenye saya nak buat macam tu. Awak bukan pilihan pon. You are not an option sayang, neither a choice, you’re my priority. Awak satu-satunya.”



yeah aku dah gemuk balik gara-gara nasi lauk kari ni. ceit! aku terpengaruh dgn fadzil.

November 29, 2010

Hidup Saya dan Awak

“Awak, kita nak pergi mana hari ni?” Tanya Amira kepada Fadzli dengan nada yang lembut.

“Saya ingat nak pergi makan Kenny Rogers la wak. Jom nak? Awak dah makan ke tadi?” Balas Fadzli juga dengan lembut.

“Alaa, ye ke? Saya belum makan lagi. Ada susu je dalam perot saya ni. Saya lapar juga, tapi saya tak nak turun dari kereta la wak, saya nak jalan-jalan duduk dalam kereta je. Boleh tak? Kite take away drive thru je okay kan?”

“Laa kenapa pulak taknak keluar? Kalau drive thru ape je kite boleh makan, McD and KFC je la kan yang ada area-area sini?”

“Saya malas nak keluar sebab baju saya ni macam seksi sikit la wak, malas nk bagi jantan-jantan rambang mata nanti. Alaa kita beli McD je pon okay sayang.” Pujuk Amira dengan lembut.

“Ada-ada je awak ni. Okay la macam tu. Kite makan McD je la ye.” Kata Fadzli yang cair dengan pujukan si comel Amira ni. Fadzil memang mudah mengalah nak-nak kalau orang yang pujuk dia tu Amira.

Dalam perjalanan ke McD yang berhampiran, mereka berborak-borak mengenai pelbagai hal-hal termasuklah isu semasa. Tibe-tibe Amira bertanya, “Awak, bagi awak kan? Mana lagi penting, hidup awak ke diri saya? Haaa jawap wak jangan tak jawap.” Kata Amira sambil tergelak-gelak kecil.

“Eh sebelum saya jawap tu, saya nak tanya satu benda dulu boleh?” Balas Fadzil dengan tenang.

“Alaa awak nk tanya soalan ni nak mengelak la tu dari jawap kn?” rajuk Amira.

“Eh mana ada la wak, saya nk tanya pon berkaitan gak dengan soalan awak ni. Okay wak, saya tanya eh” “Okay tanya la”

Ada beza ke antara hidup saya dengan awak? Hidup saya adalah awak. Awak adalah hidup saya”

Psst: Peh lama gile aku tak update blog. Kah kah kah.

August 28, 2010

cerita agak pendek II - Google-google Cinta

sepertia biasa entry ini dimulakan dengan keadaan cuaca.

suasana pagi yang hening sungguh nyaman sekali. ungas-ungas berterbangan memecah sunyi pagi. "cuaca begitu nyaman hari ini ye, maybe sebab baru lepas hujan kot" bisik apis sendirian sambil menghirup udara segar pagi hari. sambil-sambil itu apis berlari-lari anak di halaman rumah. kadang-kadang apis berhenti berlari dan duduk mencangkung mencabut rumput. ahh sungguh rajin apis ni rupanya. sedang mencabut rumput apis, apis terlihatkan makcik sebelah rumah sedang membersihkan pasu bunga yang mengandungi sepokok bunga lily. "cantik bunga lily tu kan, macam yani (bukan nama sebenar) la cantiknya" apis berbisik sorang2 lagi. haish takde keje ke apis ni asik cakap sorang2 je.

"alamak, aku tak contact yani lagi!" jerit apis sesedar dari lamunan terhadap bunga tadi. lantas apis berlari ke ruang tamu rumah untuk mengambil handphone. sesudah mencapai handphone. apis menulis khidmat pesanan ringkas kepada yani. "awak, selamat pagi, semoga hari ini hari terindah awak. jaga diri berbaik. dedikasikan lagu siti nurhaliza bertajuk aku cinta padamu pada awak dengan ucapan. ya, aku cinta padamu" sesudah menaip, apis menekan butang send. ok dah antar dah sms kat yani. apis merancang untuk tidur. zzzzzzz

****
"awak, kite nk pergi makan kat mana ni? awak agak2 nk makan ape?" tanya apis kepada yani yang berada di sebelah kirinya di dalam kereta.

"awak ni, tak pernah nk buat keputusan. asik sy je yg decide" tinggi sedikit suara yani. mungkin dia dah fed up dengan apis yg jarang membuat keputusan.

"org bukan apa. bila org buat keputusan, awk jarang bersetuju. sebab tu org biarkan je awk buat keputusan. lagipon keputusan awk ni memang terbaik dan org boleh terima dengan hati yang terbuka" jawap apis dengan tenang. kelihatan yani mencebik sambil membuat muka comel. arkhh jgn ar buat muke comel. apis mana leh tahan. dah bape kali dah apis jatuh cinta kat yani sbb tengok muke comel yani ni.

"awak, awak punya nickname apa?" tanya apis cube mengalih topik perbualan.

"eh kenapa tibe2 je tanya?" balas yani dengan perasaan ingin tahu.

"takde pape pon saje je tanya. takleh ke? kan org tngh belajar pasal awak ni. tu org tanya"

"ala awak ni, ada2 je. hmm sy takde nickname pon. dari skolah org panggil sy yani. agipon sy tak ske la dipanggil dgn nama yg bukan2 ni. mak dan ayah sy bg nama saya cantik2. ni la cara sy nk hargai diorg. gune nama sy sendiri je." jawap yani dengan petah.

"owh mcm tu. org bukan ape wak. org ingat nickname awak "GOOGLE".."

"eh tak la wak, tak best betol nickname tu"

"owh tapi wak, you have all things i'm searching for. that's why org ingt nickname awak "GOOGLE". "

"ade2 je awak ni" balas yani sambil tersenyum