December 3, 2010

nasi lauk kari, pilihan anda

“Hujan lebatnye kat luar tu wak, awak slowkan sikit aircond tu boleh tak? Saya sejuk la wak.” Kata amira kepada Fadzil sambil mengigil-gigil kecil kesejukan. Kelihatan Amira mendakap badannya sendiri dari menahan suhu sejuk dari terus menusuk ke tubuhnya.

Fadzil tanpa sebarang kerenah terus pergi mendapatkan remote control untuk aircond di bilik berkenaan. “La padan la awak sejuk sangat, 16 °C. Ni suhu untuk waktu siang je wak. Malam ni environment dah sejuk so 23 °C pon dah okay. Dah kira sejuk jugak tu. Ish awak ni”

“Mana saya tau, saya malas nk ubah-ubah. Saya tekan button on je tadi. Then saya terus duduk.”

“Haish awak ni. Manja sangat. Nak suruh saya peluk la tu, tu nak sejuk-sejuk kan?” Fadzil mengusik Amira sambil memberikan senyuman penuh menawan dan nakal.

“Haaa, nak mengatal la tu, nampak penumbuk ni? Nak kena tak? Cuba la peluk kalau nak kena.” Pantas Amira membalas usikan Fadzil. Segenggam penumbuh megah di tunjukkan dengan semangat yang tulus.

“Takmo la, tak sedap pon penumbuk tu. Lain la tumbuk nak urut. Sedap juga rasanya.”

“Haaa mengade-ngade la awak ni.” Kata Amira di ikuti dengan aktiviti menjelir lidah.

“Alaaaa bukan selalu mengade-ngade dengan awak (gelak kecil). Eh awak, jom makan, lapar la ni. Ni ada nasi lauk ayam, kari ni. Jom.” Pelawa Fadzil. Nasi kandar berlaukan kari, sayur kubis, telor masin dan ayam goreng di hulurkan kepada Amira. Fadzil melabuhkan punggungnya ke kerusi yang terletak berdekatan dengan Amira. Seperti biasa Fadzil akan meletakkan dompet dan telefon bimbitnya di atas meja untuk mendapatkan duduk yang sempurna tanpa benjolan dompet di punggung.

Sambil menikmati makanan, mereka berborak-borak seperti biasa sehingga la memasuki topic yang lebih serius iaitu mengenai kawan-kawan perempuan Fadzil. Amira bertanya kepada Fadzil, “Awak, saya tengok awak ni baik betol dengan saya, tp dengan perempuan lain pun saya tengok awak baik juga. Macam dengan Ziela and Nadia tu, awak suka diorang ye?”

“Eh takde la wak, saya dengan diorang takde la serapat mana pon. Just diorang antara kawan saya yang dari sekolah menengah saya kenal. And kami masih kawan macam dulu.” Jawap Fadzil dengan tenang. “Eh kenapa awak tanya ni? Awak jeles eh?”

“Eh mana ada jeles. Takde maknanye saya nk jeles. Bukan ape, saya tengok awak melayan perempuan ni lain macam je. Telampau baik pulak. Kadang-kadang macam terlebih. Saya rasa la. Bukan ape wak, sebab layanan awak tu kadang-kadang boleh buat perempuan ni perasan. Saya tau hati perempuan wak. Dengan ayat-ayat manis awak ni perempuan boleh jatuh cinta juga wak. Awak macam bagi diorang harapan.”

“Eh ye ke? Saya tak tahu pon wak. Saya memang layan perempuan macam tu. Bagi saya biasa aje. Takde pon lebih. Sebab saya memang hargai perempuan wak. Terutama mama saya lah. So takkan saya nk layan perempuan jahat-jahat plak.” Kata Fadzil.

“Saya tahu tu, tapi awak pon tahu juga saya macam mana kan? Sebab kadang-kadang saya tengok awak layan diorg macam awak nak ngorat diorang jugak. Kalau awak nak ngorat diorang, awak teruskan lah. Saya taknak kacau. Saya taknak jadi salah seorang daripada orang yang awak nak ngorat.” Balas Amira dengan nada yang agak serius.

Fadzil diam seketika. Berfikir tentang layanan yang diberikan kepada rakan-rakan perempuan yang lain. “Tak wak, saya taknak mengorat diorang pon. Saya nak mengorat awak je.”

“Tapi cara layanan awak tu tak menunjukkan macam tu pon. Saya rasa awak nk jadikan diorang sebagai pilihan awak kan kalau awak tak dapat saya? Sebab tu awak layan diorang macam tu kn? Awak tau kan saya nak jadi satu-satunya?” kata Amira sambil menjeling manja.

“Awak, awak jangan salah faham. Takde maknenye saya nak buat macam tu. Awak bukan pilihan pon. You are not an option sayang, neither a choice, you’re my priority. Awak satu-satunya.”



yeah aku dah gemuk balik gara-gara nasi lauk kari ni. ceit! aku terpengaruh dgn fadzil.

7 comments:

Eyn said...

acecece....sweet!!

jngn salahkan nasi lauk kari!! =))

Unknown said...

jangan salahkan fadzil sangat la yee~~ memang sendiri yang kuat makan! :P

Anonymous said...

true story ke ni?

ajie_harini said...

ta kan laa sb lauk kari terus gemokk ?? hahaha

anonimes said...

kehkehkeh. macam kisah real life gua je.

akukurus said...

ala2 najis!.. aku benci dengan pemilihan watak2 ko .. bwat aku gelak sendiri je!

Bainun Waheeda said...

comel! :)