August 22, 2011

Aku Kau I U Saya Awak Part 1

Dup dap dup dap. Arkhh kenapa plak ni aku berdebar-debar? Dah lama aku tak rasa macam ni. Last aku rasa macam ni masa 1st year aku belajar dulu kat UTM. Masa bercinta dengan Asmaradana. Masa tu ye la jantung aku berdebar-debar masa pertama kali keluar makan dengan dia. Tapi kali ni kenapa pula aku rasa semacam je ni? Aku nk kuar dengan kawan yang dah lama je tak jumpe. Kenapa sampai berdebar-debar sekali ni? Haish pelik aku. Fadzil kehilatan resah di dalam kereta sportnya. Dia sedang memandu ke rumah teman lamanya yang hampir sepuluh tahun tidak bertemu.

“Alamak, jalan jammed plak, mampos aku kalau lambat ni. Amira ni dah lah garang,” Fadzil masih gelisah sambil mulut nya terkumat-kamit memaki pemandu-pemandu di jalan raya yang menyesakkan jalan. “Hari Ahad pon nak kuar diorang ni. Duduk la rumah jaga anak bini.” Fadzil masih terus membebel seorang diri di dalam kereta.

Beberapa minit kemudian Fadzil sampai di rumah Amira.

“Oit, aku dah kat luar rumah kau ni. Jempot la keluar” Fadzil menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Amira.

Tettt teett. “Okay-okay. Kejap. 5 minit.” Amira membalas. Fadzil kelihatan gelisah. Setitik dua peluhnya jatuh menghempap baju yang dipakai. Fadzil cuba menguatkan aircond kereta sportnya bagi mengawal keadaan.

“Ya Allah, kenapa aku berdebar-debar ni? Ini kah pertunjuk Kau yang aku menyintainya? Tapi dia cuma kawan aku sahaja. Macam mana aku boleh menyintainya tanpa aku sedar?” Monolog Fadzil sambil menunggu Amira datang.

Kring Kring. Fadzil mengangkat panggilan. “Oit. Kereta kau yang warna putih ni ke?” Amira menelefon Fadzil bagi memastikan kenderaan yang dinaiki olehnya. Bukan apa, Amira takot salah menaiki kenderaan. Maklumlah sudah lama dia tidak bertemu Fadzil. “Ye-ye. Kereta sport tu kereta aku la” Balas Fadzil sambil tersenyum seorang diri.

Tok..tok.. Amira mengetuk tingkap kereta Fadzil. Fadzil gelabah. Dia menurunkan tingkap dan membiarkan Amira di luar. Lalu Fadzil mempelawa Amira masuk tanpa dia sedar yang sebenarnya pintu masih berkunci. “Alamak, kunci. Lupa plak. Sorry-sorry weh. Kau cantik sangat sampai aku tergamam terlupa nak bukak pintu.” Kata Fadzil seraya Amira memasuki keretanya.

“Arkhh kau ada-ada je. Aku biasa je la. Wah lama gile kita tak berjumpa kn?” Balas Amira

“Haa tu la pasal. Lama gile kita tak jumpe. Eh kau cantik-cantik ni nak pergi mana? Kita nak kuar makan je kan?” Fadzil mula berbicara walaupaun dadanya masih berdebar-debar.


Ps : Kahkahkah lama dah aku tak menulis dalam blog ni.

7 comments:

zureen said...

amende ko ni?takkan ni je?bodo.dahla aku tau amira tu xckp cmtu.

Anonymous said...

Eyn here.

lama seyh tak update..nice

ajie_harini said...

akhirnya .. blog ini di update

Anonymous said...

share ar gambar si dia kat sini.nak tgk gak.

Cinta Hatiku said...

kelihatan ker? kehilatan? ape plak maksudnye..heheheh

Cinta Hatiku said...

kelihatan ker? kehilatan? ape plak maksudnye..heheheh

Anonymous said...

dia da buat dah!!!nice story...xsabar nk tgk ending walaupon aku tau seme watak2 2..kah3...