April 10, 2010

kau terindah

sahabat,
dirimu umpama seorang pelukis
melukis di atas kain putih kehidupan
mewarnainya dengan warna pelangi
mencorakannya dengan pelbagai tema

sahabat,
dirimu umpama seorang penyanyi
menyanyikan lagu-lagu indah
mendendangkan irama syahdu
menghiburkan di kala sunyi

sahabat,
dirimu umpama seorang ahli geologi
menerokai alam sejagat
mencari punca kejadian
mentafsir apa yang tersembunyi

bagiku, kau terlalu indah sahabat
tidak kirala kau umpama pelukis, penyayi mahupun ahli geologi
tempatmu tetap ada dihatiku

terima kasih sabahat
yang memubuatku tersenyum di kala kesedihan
yang memberiku kekuatan untuk terus hidup


keh3 aku asik berpuisi je semenjak dua menjak ni, kang jadi blog puisi plak kang blog ni. keh3

2 comments:

Peeja said...

hahaha...best2...i loike it~~~~~~muahahahahahaha......ko wat la 1 blog lg....blog berpuitis2 lak!!!!kuikuikuikui.....

ajie_harini said...

kita sahabat kan kan?
haha .. * saya sukaa perasaan..