November 29, 2010

Hidup Saya dan Awak

“Awak, kita nak pergi mana hari ni?” Tanya Amira kepada Fadzli dengan nada yang lembut.

“Saya ingat nak pergi makan Kenny Rogers la wak. Jom nak? Awak dah makan ke tadi?” Balas Fadzli juga dengan lembut.

“Alaa, ye ke? Saya belum makan lagi. Ada susu je dalam perot saya ni. Saya lapar juga, tapi saya tak nak turun dari kereta la wak, saya nak jalan-jalan duduk dalam kereta je. Boleh tak? Kite take away drive thru je okay kan?”

“Laa kenapa pulak taknak keluar? Kalau drive thru ape je kite boleh makan, McD and KFC je la kan yang ada area-area sini?”

“Saya malas nak keluar sebab baju saya ni macam seksi sikit la wak, malas nk bagi jantan-jantan rambang mata nanti. Alaa kita beli McD je pon okay sayang.” Pujuk Amira dengan lembut.

“Ada-ada je awak ni. Okay la macam tu. Kite makan McD je la ye.” Kata Fadzli yang cair dengan pujukan si comel Amira ni. Fadzil memang mudah mengalah nak-nak kalau orang yang pujuk dia tu Amira.

Dalam perjalanan ke McD yang berhampiran, mereka berborak-borak mengenai pelbagai hal-hal termasuklah isu semasa. Tibe-tibe Amira bertanya, “Awak, bagi awak kan? Mana lagi penting, hidup awak ke diri saya? Haaa jawap wak jangan tak jawap.” Kata Amira sambil tergelak-gelak kecil.

“Eh sebelum saya jawap tu, saya nak tanya satu benda dulu boleh?” Balas Fadzil dengan tenang.

“Alaa awak nk tanya soalan ni nak mengelak la tu dari jawap kn?” rajuk Amira.

“Eh mana ada la wak, saya nk tanya pon berkaitan gak dengan soalan awak ni. Okay wak, saya tanya eh” “Okay tanya la”

Ada beza ke antara hidup saya dengan awak? Hidup saya adalah awak. Awak adalah hidup saya”

Psst: Peh lama gile aku tak update blog. Kah kah kah.

8 comments:

ajie_harini said...

heee ..(:

Anoy said...

nice one black..hehe

Eyn said...

ko memang leh jadi novelist la!! ahakz!! Nice!! Lagi??

Memang lama ko x update!! Harap maklum

Nurhazel said...

wow~
suka!

Nurhazel said...

wow~
suka!

Khairie said...

memang lama. Heheh :D

Db Cooper said...

ape nak jadi dengan ko nie apis

saidatul said...

pelik2 la