August 22, 2010

meriam tin tanah

suasana petang yang agak panas di bulan ramadhan ini amat menganggu emosi kanak-kanak riang di mersing kechil. tekak kering-kering menjerit meminta sesuatu untuk penghilang kering. empat orang sahabat baik telah membuat keputusan untuk pergi ke estet vellu. port rahsia budak2 ganster mersing kechil yang belum baligh. port ini dijadikan markas rahsia sebab terselindung di sebalik pokok-pokok kelapa sawit yang bermutu tinggi. port ini juga terdapat bekas lombong di dalamnya. lombong ini dijadikan tempat bermandi-manda bagi kanak-kanak yang tak mampu untuk bermandi di swimming pool di seri nelayan yang dikenakan bayaran seringgit satu kepala. jangan salahkan kanak-kanak riang kenapa mandi lombong yang berbahaya. sape suh charge nk mandi swimming pool? haha

ok berbalik kepada cerita asal. bekalan-bekalan sudah di bawa dengan rapi nya. wan selalu pakar bom telah menyediakan karbait yang bermutu tinggi yang di import dari kedai pak long. karbait tersebut bukannya dibeli tapi dicuri. nak buat kerja haram. barang pon kenelah haram. ye tak? haha

laksmana selaku pakar tin telah menyediakan dua buah tin milo yang agak besar untuk digunakan sebagai meriam. tin ini pula hanya dikutip di kedai ayo. mule-mule ayo nk charge 50sen sbb tin ini merupakan tin alluminium yg berharga. kalau jual sekilo leh dapat 6, 7 ringgit malaysia pada masa tersebut. sebab laksmana ni pon muke lebih kurang adik beradik ayo. jadi ayo mengalah je. bagi percuma. untuk maklumat kulit laksmana ni hitam tak manis. haha

nazri pula merupakan orang penting dalam misi kali ini. pakar gali. dia lah yang bertanggung jawap menggali lubang untuk tanam tin ini. kalau takde nazri. bunyi meriam mungkin tidak sepadu bunyi kentut wan shukor ( dalam watak ini beliau merupakan pakar bom). pakar lubang tak memerlukan alat. cuma tangan dan kayu-kayu di sekitar tempat misi dijalan sahaja.

ok. kanak-kanak riang yang ke empat yang terlibat dalam misi ini pula ialah apis. selaku hero. ahaha dia merupakan pakar api dalam misi kali ini. dialah yang bertanggungjawap menghidupkan meriam. alat yang digunakan pula adalah lilin dan pemetik api serta kayu yang hujungnya ada surat khabar.

"ok wan. aku rasa tempat ni sesuai. rata je. tempat nk nyorok pon ada belakang tu" kata laksmana kepada wan.

"betol gak tu. dah sesuai dah ni. tapi dekat sngt dgn rumah org. takpe ke?" kata wan dengan ceria

"takde hal la. diorg bkn tahu kite main meriam. diorg mesti tngh masak2 tu.kan nk buke dah jap g" apis mencelah.

"haa kalau mcm tu ape lagi. setting barang" jerit nazri seakan-akan ketua menidakkan keupayaan apis.

"baek bos!" jerit kami bertiga.

selesai setting barang. kami memulakan misi. selaku pakar api. apis orang pertama yang akan mencuba untuk meledakkan meriam tin ini. "wan, mana, nazri, korang ready ok. korang g nyorok dulu blakang pokok tu. kang terpelanting tin ni aku tak tahu" jerit apis kepada rakan-rakan yang lain.

"PoP!!!!" bunyi macam kentut kedenganran. "arkhh cibai ar. ko nye karbaid ni dah lemau ke wan? awat bunyi tak sedap? tu la lain kali jgn ar curi karbaid. Allah marah cuti2 ni" marah apis dengan mengetap bibir.

"mana ada lemau. tangan kau yang tak betol tu. meh aku cube plak" balas wan dengan garang. wan memulakan misi dengan lagak seorang hero tamil. cilakak wan.

"kebabom!" bunyi yang agak padu. "haa ko tngk. tangan orang beriman ni. memang ar bunyi sedap." kata wan dengan bongkak sekali. misi bermain meriam di teruskan lagi

berdebummm...

berdebammm...

berdebummm...

berdebammm...

bunyi meriam silih berganti. tibe kedenganran bunyi motor menghampiri kawasan misi.

"eh sape datang weh? polis ke? mati kite ni" gelabah laksamana

"ntah weh. jom2 nyorok2. sembunyikan bahan bukti." pinta nazri

apis dan wan sudah pon berlari lintang pukang menyelamatkan diri. kawan yang tak gune. tak tolong selamtkan bahan bukti.

prengggg prenggg preennggg bunyi motor semakin menghampiri. kelihatan susuk tubuh kecik menaiki yamaha sukan. "woiiiiiiiiii main meriam eh!!" jerit yoni dengan tergelak2.

ceit. kami ingat sape tadi. hahaha potong stim betol la.


3 comments:

Db Cooper said...

main meriam lagi jom bro

Cinta Hatiku said...

ish3 kang putus jari baru tau :p

biztoone said...

mok : jom2 hahaha

kak : hehe dah lama kak tak maen meriam. rindu.