August 10, 2010

bila ramadhan datang memanggil

"apis, bagun pis. sahur. makan sikit. nanti lapar kang takleh nk puasa" kata mama dengan lembut.

"taknk.ngantuk la ni ma.makan jap lagi takleh ke?" balas apis dgn perasaan mengantuk. cakap pon mengada2.

"kalau makan jap lagi dah kire sarapan. bukannya bersahur. dah2 bangun2. kang papa datang baru tau" gertak mama dengan lembut.

"mama masak ayam tak?" tanya apis sambil bermalasan dan berguling2 atas katil.

"mama masak ayam goreng tu. dah bangun2" kata mama dengan lembut lagi.

"yela2. org bangun ni" apis bangun dari katil. lemah gemalai pergerakannya. apis pergi ke tandas dan basuh muke. komor2 sikit2.guk gak guk gak. gigi tak gosok. kemudian terus ke meja makan menunggu masa untuk makan bersama. apabila nampak ayam. mata apis jadi segar.

kelihatan papa berada di luar rumah sedang menghisap rokok. tenang gayanya persis hang tuah sedang bermain taming sari.

*****

matahari memancar terik. cuaca begitu panas. apis sudah haus. peluh2 menitik di kepala dengan lebat. basikal rosak. apis terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. apis singgah di kedai ayo.

"ayo, aiskrim kacang satu" pinta apis sambil buat muke comel2 sikit.

*****

bunyi siren bomba kedengaran menandakan sudah masuk waktu mahgrib bagi kawasan mersing dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. persiapan berbuka sudah dilakukan dengan jayanya oleh mama. semua makanan berada di atas meja. apis pula terpaksa mendengar azan mahgrib bagi kawasan kuala lumpur dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya di kaca televisyen. haa tu la, sape suh tak puasa. kan dah takleh nk buke puasa dgn org yang berpuasa.


SELAMAT BERPUASA!

4 comments:

ateeka amer said...

macam citer upin ipin :D

fadzyuseri said...

hye follower, http://jojobajolly.blogspot.com telah berpindah ke blog baru iaitu http://fadzforfun.blogspot.com. kalau masih lagi nak follow silakan . just alert aje .

terima kasih :D

biztoone said...

ateeka : haahaa betol betol betol :P

fadz : insyaALLAH

Anonymous said...

cerite aq takde ker??
asyik cerite kau ja ! haha