July 27, 2010

ego


mengalah bukan bererti kita yang salah. mengalah sebab kite malas nk panjang2 kan sesuatu perkara tu. malas nk biarkan ia berakhir dgn kedukaan. biarlah sakit sikit, asalkan tak gaduh2. apa salahnye kita beralah kn?

"alaaa biasa la dia lelaki, ego mesti tinggi"
ayat keramat yang selalu di sampaikan dlm drama2 di televisyen malaysia. lelaki sering di katakan ego lebih tinggi daripada perempuan. bagi aku, lelaki atau perempuan bukan persoalannya. masing2 ada ego masing2. kite tak boleh nk cakap lelaki ni ego tinggi sbb dia ni hati keras. tak lembut. kite juga tak leh nk cakap yg perempuan ni ego rendah sbb diaorg merupakan golongan yang pemaaf dan berhati lembut. lelaki atau perempuan sama je. semuanya terletak kat hati masing2. masing2 ada yang degil. ada yang keras kepala. ada yang tolak ansur. ada yang nk menang je. tepuk dada tanya la selera anda.

Ego ni kadang2 bagus. nk tunjukkan yang diri kite ni mempunyai pendirian. tapi bagi aku, ego ni biarlah bertempat. kerana kalau salah tempat, buruh padahnya. sesuatu perhubungan itu mungkin akan musnah kalau masing2 nk tunjuk ego. tak salah kalau kite bertolak ansur. buang sikit ego kite demi dia. apa salahnya kn? anda sayang perhubungan itu ataupun anda sayangkan ego anda? tepuk dada tanya la selera anda sekali lagi.

Ego dalam perhubungan sesama insan ni kite leh kecilkan kepada 2 bende iaitu ego nk mintak maaf dan ego nak berterima kasih (kdg2 terlupa). setiap org pasti akan merasai situasi di mana dia kene minta maaf kpd seseorg ke atas kesalahannya atau dia akan berterima kasih(penghargaan) kpd seseorg yang telah buat something kat dia. dua bende ini kite kene jaga sbb ia boleh membuat org lain terluka dengan ego kita tu.

"sorry seems to be the hardest word" merupakan ungkapan yang memang benar. begitu berat nk ungkapkan perkataan maaf itu. seelok2nya kalau kita yang bersalah, apa salahnya kite yg mintak maaf, buang ego kite tu. terima hakikat yg kite pon manusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesalahan. begitu juga dengan penghargaan. jangan susah sngt nk menghargai seseorg yang telah melakukan something kpd anda. ekecil mana pun usaha yang dilakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya. tunjukkan penghragaan itu.

ok nampaknya smpai disini sahaja pakar motivasi anda fadzirul hafith memberi sepatah dua kata. akhir kalam, keegoan itu hendaklah di kawal oleh akal dan iman. keegoan yang melampau paras normal akan melahirkan perasaan ingin menguasai dan berkuasa dalam perhubungan. sikap ego yang dipertahankan oleh pasangan boleh mengundang perbalahan, salah sangka atau perselisihan faham. selamat beramal dan renung2 kan (pinjam ayat penceramah terkenal)

5 comments:

minah senget said...

yeah dat true..=)

dia said...

yup2.. btol..

tp aku rs bergantung kpd keadaan..
ego itu sepatutnya tak wujud..
ikut logik akal, klu dah mmg salah, mintak maaf.. klu perlu berterima kasih, ckp je terima kasih.. :)

sD..(; said...

lelaki mmg lagi tinggi la ego die.. suma benda tanak kalah.. =,=

tapi bagus la if ade laki yg die sedar yg die tu ego..

tapi selalu nye, diorg sedar tapi buat2 tk tawu... ego la katekan.. betul tak awak?.. :)

sD..(; said...

lelaki mmg lagi tinggi la ego die.. suma benda tanak kalah.. =,=

tapi bagus la if ade laki yg die sedar yg die tu ego..

tapi selalu nye, diorg sedar tapi buat2 tk tawu... ego la katekan.. betul tak awak?.. :)

biztoone said...

minah senget : :)

dia : ego boleh wujud tapi kene ikot keadaan la :)

sD : kebanyakkan lelaki mmg mcm tu. keras kepala. dia tahu dia salah cume dia taknk mengalah je. hehe betol2 :)