February 13, 2010

limau itu enak


suasana pagi yang nyaman, aku keluar rumah sebentar, angin sepoi2 bahasa. aku masuk ke dalam rumah semula. aku duduk melihat cerita kartun tomato man di televesyen yang bukan plasma.

"Assalamualaikum. Nak raya bley?" suara halus kedengaran di luar rumah. Uiks, aku tersentak, hari ni kan raya cine, kenapa org nk raya umah aku plak? aku ni muke mcm cine ke? eh takkan kot. mama kata muke aku ni mcm hero industan.

"Waalaikumusalam. Eh ko Nazri. Buang tebiat ape ko nk raya rumah aku nie? Haa kau nk limau ke duet je?" Balas aku sambil cube mengikut rentak.

"Aku gurau2 je, weh jom g raya jom. kite mintak duet dengan limau je jadi ar. takyah makan yg lain. takot tak halal." jawab nazri sambil gelak. ceit ape kes nk gelak2 nie?

"ok2, jap aku bersiap. aku g raya pakai pagoda je bley kn? baru nampak mcm org cine sikit." aku berseloroh.

nak di jadikan cerita, kami pergi beraya. kami redah je beberapa rumah. dah penuh dah bakul depan basikal dengan buah limau. duet baru dapat 3ringgit 40sen. ok ar ni, bley beli jajan balik nnti. aiskrim calong ke. hmm kami teruskan perjalanan ke rumah yang terakhir, mungkin.

setibanya di rumah yg hendak dituju. nazri baru hendak memanggil tuan rumah, tibe2, se ekor anjing warna putih comel datang. "aung aung aung" comel bunyi anjing ni. anjing itu berlari dari jauh cube untuk menerkam kami. aku ape lagi, bukak langkah ar. lari bawak basikal then tngh jalan naik basikal dan pecut. abes terabur limau kat sekitar jalan raya. aku hampa. limau dah takde. sume ni gara2 anjing putih comel.

"tu la weh, aku dah cakap, tak yah raya rumah cine tu, rumah besar, anjing mesti hebat" luahku hampa pada nazri. nazri hanya diam tersenyum.


semenjak dari kejadian itu. aku jarang merayakan perayaan tahun baru cina. semenjak itu gak, aku jadi tak suke kepada binatang-binatang yang boleh mengancam nyawa aku. aku fobia. haha GONG XI FA CAI!

5 comments:

ateeka amer said...

yee sang orang kata sedap. try la.

Cinta Hatiku said...

tebiat ke ape sibuk org raya pi raya gak..hahaha

sara bashah said...

hahahaha...baru aku paham kenapa ko takut lembu eh? masa field haritu.
hahahaha....:p

ajie_harini said...

waahhh.. pakai pagoda..naik basikal..zaman bila tu??.. mesti sangat comell kan kan,,? haha

biztoone said...

ateeka : sedap eh? tu la, tak penah try pon..hhuuhu

akak cinta : haha biasa ar kak, satu malaysia! haha

sara : haaa tau pon..aku trauma..haha

ajie : haha zaman 90an..haha memang comel :P