May 5, 2010

minyak rambut


apis arini nak cerita pasal rambut. keh keh keh maklumlah apis baru potong rambut. setelah 2 bulan tak potong. akhirnya apis potong jugak. selesa sikit bile berambut pendek ni. hmm ok berbalik kepada rambut. rambut merupakan mahkota kepada wanita, tapi tidak kepada lelaki. keh keh keh. apis 1st time gunting rambut masa umur beberapa bulan kot. potong jambul. peh kecik-kecik dah diajar gunting rambut. bagus orang melayu ni. penampilan tu penting.

bile dah potong rambut, mesti nk gune minyak rambut kan? haaa dulu kalau g skolah rambut takde minyak menangis n melalak apis depan mama. mana macho beb g skolah tak pakai minyak rambut. paling bodoh pon mesti pakai "tancho". minyak rambut paling lagend. sape tah pernah gune memang rugi la. haha bile pakai haa melekat-lekat rambut tu. sikat tepi. peh hensem gak apis ni. patut la ramai gadis-gadis nak mengorat. nasib baik apis tak layan sangat. hmm tapi tencho ni apis kurang minat sbb dia melekat-lekat macam makan kueh kochi plak rasa tangan tu.

so apis bertukar kepada minyak rambut "brylcreem" mengikut peredaran zaman. time ni hanya golongan-golongan tertentu je yang gune "brylcreem" ni. senang kata golongan kelas atasan je yg gune. keh keh keh. budak-budak kelas depan-depan je gune minyak rambut ni. budak-budak kelas belakang2 masih mengunakan "tancho". tapi tak kesah la minyak rambut apa pon yg dipakai. time nk bermain pada waktu rehat. kitaorg main sama2. tiada diskriminasi minyak rambut. haha

lepas tu, era minyak rambut gel atau lebih sesuai dipanggil gel rambut bermula. apis tak lepaskan peluang. "kod sepuluh" atau nama betul dia "code 10" apis jadikan sebagai gel rambut rasmi. haha datang sekolah rambut mesti keras. pakai gel berkilo2 beb. haha member2 masa jumpe mesti nk tengok rambut sape paling keras. keh keh keh. sape paling keras dialah yang akan dipuja. haha

budak-budak sekaran ni mesti tak merasa era2 minyak rambut ni kan. haa tu la, sape suh korang lahir lambat. haha skarang nie macam2 jenis dah minyak rambut yang ada di pasaran. gatsby la, bon la, sunsilk la, shurah la, haish macam la. haha oklah, sampai disini sahaja cerita apis untuk hari ini. sikat2 lah rambut anda selalu, minyak2kan la setiap hari. haha jaga penampilan diri.


apis skarang pakai minyak rambut "loreal paris" keh3

1 comment:

Anonymous said...

peh. loreal tuh. curlast :D