May 10, 2010

kau terlalu istimewa


petang yang damai. hujan diluar mencurah-curah dengan tenang. guruh berdentum kuat. kilat sambar menyambar. kelihatan dua orang kanak-kanak berusia lingkungan 10-12 tahun sedang bermain di tepian longkang di hadapan rumah. longkang sedalam 5meter dan selebar 4meter tersergam indah. mereka bermain dengan air di dalam longkang itu sambil membalingkan batu-batu kecil ke dalamnya. mereka juga melayarkan bot kertas yang dibina dengan gagahnya.

si abang berkata, "aku punya yang akan menang nye, jangan mimpi la bot kecik kau nak menang."

si adik pula membalas, "ala, mana aci, kau punya kertas besar, aku nye kertas kecik, mesti la kau menang. takpe-takpe kite tunggu dan lihat. kalau kalah belanje choki-choki dengan super ring."

mereka kelihatan gembira bermain bot. kedua-dua bot bergerak laju mengikut arus air longkang yang berwarna kuning langsat. ketika mereka leka bermain, ayah kepada kanak-kanak ini memanggil dengan garangnya. "Ilmi, Apis, masuk dalam rumah. Hujan lebat dah ni."

si abang mengajak adiknya untuk masuk ke dalam rumah kerana ayah mereka sudah memanggil. tambahan pula hujan semakin lebat. penentuan pemenang menjadi tanda tanya kerana bot yang mereka bina sudah karam kerana berat air hujan yang diserap oleh kertas. si abang berlari ke dalam rumah yang jaraknya hanya 10meter. si adik pula masih leka melihat tragedi bot karam. penat lelah si adik membuat bot akhirnya tidak berbaloi dengan tragedi bot karam ini.

ayah memanggil lagi. "apis, masuk. hujan lebat ni. kang tergelincir dalam longkang tu sape yang susah?" jerit ayah dengan kuat. si adik masih leka melihat bot sambil cuba mengacah-ngacah bot dengan kayu supaya bot itu timbul dari karam. usaha si adik kelihatan tidak berjaya. tiba-tiba ayah bergegas keluar. si adik menjadi kaget. ayah menariknya masuk ke dalam rumah dengan tenang. setibanya di dalam rumah, kelihatan seutas tali pinggang tersemat di tangan ayah.

ayah melibasnya ke kaki si adik sambil berkata, "kenapa degil sangat ni, kan papa dah cakap masuk, masuk la, yang tercegak kat luar tu kenapa?!" si adik hanya menangis tanpa kata kerana dia tahu kesilapannya tidak mendengar kata. ayah melibas lagi buat kali kedua. si abang sudah masuk ke bilik ketakutan di samping emak. emak pula keluar ke ruang tamu menenangkan ayah. "sudah la tu bang, budak-budak lagi, mana dia tau bahaya ke tak." kata emak dengan nada yang lembut. "arkhh awak pon sama, manjakan sangat budak-budak ni.lain kali ajar diorg ni sikit. baru diorg rasa!" kata ayah sambil melibas tali pinggang buat kali ke tiga. kali ini tepat kene di punggung si adik. "aduh, sakit pa, apis janji ikot cakap papa lepas ni" rayu bibir mongel si adik. emak cuba menarik si adik jauh dari ayah. tapi cubaan emak gagal. malah ayah melepaskan satu lempangan pelahan di pipi emak. si adik kaget. si adik berlari ke arah emak sambil memeluknya dengan erat. lalu mengajaknya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik tersebut. "awak pon sama dengan budak tu. degil. manja kan sangat. ni lah jadinya!" marah ayah.

si adik menangis teresak-esak sambil memeluk mama. si adik menyesal kerana kedegilannya bermain hujan di tepi longkang menyebabkan emaknya juga terkena tempias. "ma, apis mintak maaf." rayu si adik kepada emaknya. emak kelihatan tersenyum. senyuman yang sukar digambarkan dengan perkataan. senyuman yang menggambarkan seribu satu rasa di dalam diri emak. "takpe la pis, lain kali jangan degil-degil ye."

hendak di jadikan cerita. esok harinya berlalu seperti biasa. cuaca yang baik. tiada lagi hujan berserta guruh dan kilat. bot yang karam sudah dihanyutkan oleh air yang deras. kelihatan ayah baru pulang dari kerja menaiki motor yamaha sukan. di dalam raga motosikalnya terdapat plastik berwarna putih dan tertera gambar seorang pakcik berambut putih.

**************



puisi ini kuhadiahkan untukmu mama

ibu
seorang yang tidak akan pernah letih untukku
seorang yang akan memberi sebelumku meminta
seorang yang menjadikan aku kuat disaat aku lemah

emak
yang sentiasa tersenyum ketika aku bergembira
yang sentiasa tersenyum ketika aku bersedih
yang sentiasa tersenyum ketika aku hilang semangat

mama,
terima kasih atas keringatmu
terima kasih atas pengorbananmu
terima kasih air matamu
terima kasih atas segalanya

umi
moga aku dapat membahagiakanmu
moga aku dapat mencuba yang tebaik untukmu

Ya Allah
tempatkanlah mamaku di tempat yang terbaik disisiMu
sejahterakan lah mamaku selamanya



I LOVE U, MAMA :'), Selamat Hari Ibu!

3 comments:

Azma Alina said...

owh.. sungguh indah... :)

Anonymous said...

i miss 0ur past time ='(

saidatul said...

sedih tp sweet ='(